Ahad, 15 April 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Lelaki ditahan miliki 3kg dadah

Posted:

Lelaki ditahan miliki 3kg dadah

KOTA BHARU 15 April - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menahan seorang lelaki warganegara India dan merampas tiga kilogram dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai RM120,000.

Timbalan Pengarahnya, Zakaria Yusoff berkata, rampasan tersebut dibuat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada 8 April lalu.

Katanya, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pukul 11.30 pagi sebaik sahaja tiba dari Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat penerbangan Malaysia MH 1388.

Menurutnya, lelaki terbabit dikatakan dari Mumbai, India sebelum melakukan transit di Kuala Lumpur.

Jelas Zakaria, pemeriksaan ke atas lelaki terbabit ditemui satu bungkusan kertas berwarna hitam dilindungi dua keping karbon dalam ruangan khas bagasi miliknya.

"Hasil pemeriksaan lanjut, bungkusan kertas itu berisi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM negeri di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan