Sabtu, 14 April 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


10,000 berikrar terus sokong BN

Posted:

10,000 berikrar terus sokong BN

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my


Hishammuddin Tun Hussein, Dr. Zambry Abdul Kadir, Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Khairy Jamaluddin menyertai lebih 10,000 orang belia berhimpun pada pelancaran Himpunan BN Pilihan Orang Muda di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, di Ipoh, semalam.


IPOH 14 April - Pekarangan kediaman Menteri Besar Perak di sini bergema dengan laungan 'Barisan Nasional (BN) pilihan orang muda' apabila lebih 10,000 orang dari seluruh Perak berhimpun menyatakan sokongan kepada parti itu.

Himpunan BN Pilihan Orang Muda itu yang pertama kali diadakan bukan hanya disertai kalangan ahli parti komponen BN, malah golongan mahasiswa dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Pada majlis yang dirasmikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu, mereka yang memakai kemeja T berwarna biru dan merah jambu memenuhi pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar Perak.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Bukti sikap sebenar pembangkang - Rais Yatim

Posted:

Bukti sikap sebenar pembangkang - Rais Yatim

KANGAR 14 April - Perbuatan beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu menjadi testimoni mengenai sikap sebenar mereka, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini.

Menurut beliau, perbuatan itu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada 11 April lalu adalah keterlaluan.

"Belum lagi berkuasa dah tunjuk kuasa mereka," kata Rais semasa berucap pada majlis perasmian Program Merakyatkan Seni dan Budaya, Komuniti 1Malaysia bersama masyarakat keturunan Siam peringkat negeri Perlis di sini hari ini.

Beliau turut menyifatkan sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang sebelumnya diberi penghormatan menghadiri istiadat itu sebagai mencabul negara mereka sendiri.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan