Sabtu, 14 April 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


PM bentang pindaan ISA

Posted: 14 Apr 2012 05:21 PM PDT

Nasional

NAJIB bersalaman dengan orang ramai  ketika hadir untuk melancarkan Sahabat Barisan Nasional  di Dataran Transformasi Waris Malaya, Jalan Kebun, Shah Alam,  semalam.

NAJIB bersalaman dengan orang ramai ketika hadir untuk melancarkan Sahabat Barisan Nasional di Dataran Transformasi Waris Malaya, Jalan Kebun, Shah Alam, semalam.

Transformasi diterus beri kebebasan

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan meneruskan transformasi bagi memberi lebih kebebasan kepada rakyat, dengan beliau sendiri membentangkan rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Parlimen, esok.

Perdana Menteri mengakui ISA yang digunakan sejak sekian lama sudah banyak berjasa kepada keselamatan negara tetapi sudah sampai masanya kerajaan melihat ke hadapan. "Negara sudah bersedia melalui era baru... bukan era reformasi tetapi era transformasi.
Transformasi lebih baik daripada reformasi. Jika tak percaya tanya Ezam (Senator Ezam Mohd Nor) yang tinggalkan reformasi kerana tidak percaya dengan reformasi.

"Reformasi berakhir dengan baling kerusi, bersiri dengan BERSIH 1, 2, dan 3 tetapi transformasi membawa perubahan kepada rakyat, bantuan rakyat, kita tambah pelaburan, kita membangun dan membela rakyat Malaysia.

"Reformasi kumpul orang tepi jalan. Kosong, menyusahkan rakyat. Kita tidak mahu reformasi jalanan. Yang penting kita mesti ada rasa tanggungjawab kerana negara bumi bertuah yang perlu dipertahankan," katanya ketika melancarkan Sahabat Barisan Nasional (BN) anjuran Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia (Waris Malaya) di Dataran Transformasi Waris Malaya, Jalan Kebun, di sini semalam yang dihadiri kira-kira 15,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat.
Perdana Menteri berkata, kehadiran ramai generasi muda, termasuk mereka yang belum layak mengundi pada majlis itu membuktikan BN disokong generasi muda yang kini semakin yakin dengan kemampuan dan keikhlasan kerajaan BN membela nasib mereka.

"Siapa kata orang muda tak sokong BN? Waris Malaya ni semua terdiri daripada orang muda. Adakah anda sanggup melakukan perubahan?" tanyanya sambil disambut hadirin dengan teriakan 'sanggup!.'

Beliau berkata, negara memerlukan perubahan kerana pada Pilihan Raya Umum 2008, rakyat Selangor dijual, dibuai, ditipu dan diperdagangkan dengan segala janji manis yang disebar pembangkang.

"Kita tanya jika pada 2008, (pembangkang) janji nak potong cukai pintu, beri elaun kepada anak ke tadika, elaun kepada suri rumah, elaun ini elaun itu, kita tanya mereka, hari ini mereka sudah tepati janji atau tidak?

"Siapa tepati janji? Siapa bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), Baucar Buku 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Perumahan 1Malaysia. Jawapnya BN, BN, BN dan BN adalah pilihan kita.

"Jadi, tak payahlah kita cakap..., janji tak dikota dan tak ditepati, cukai tak diturunkan... dinaikkan pula. Jika tak percaya, tanya peniaga di Kompleks PKNS, sewa naik atau tidak? Bukan turun, sebaliknya naik," katanya.

Najib berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan sebuah negara yang lebih baik dan makmur dengan menjana kekayaan baru selaras kepesatan kemajuan ekonomi.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

lim kim peu

Saya sokong penuh ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri ) dibubarkan kerana Akta ini yang digubalkan pada tahun 1960 selepas Darurat (1948 hingga 1960) iaitu Kawasan-kawasan Bersih dari ancaman Parti Komunis Malaya (PKM). Akta ISA tidak sesuai lagi kerana ketinggalan zaman iaitu digubal pada tahun 1960 kerana zaman sekarang adalah zaman moden iaitu Sains Dan Teknologi untuk kemajuan, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Kekuatan PKM selepas kemerdekaan Malaysia semakin merosot kerana tujuan PKM ialah menghalau penjajah British dan memerdekakan Malaysia. Apabila Malaysia sudah merdeka rakyat tidak mahu menyokong PKM lagi kerana dahulu rakyat Malaya menyokong PKM kerana dengan tujuan menghalau penjajah British dan memberi kemerdekaan kepada Malaya.


85 peratus yuran IPTA dibiayai

Posted: 14 Apr 2012 05:18 PM PDT

Nasional

MUHYIDDIN bersama tetamu kehormat menekan bola cahaya tanda simbolik perasmian Malam Perdana Siswazah Kelantan 1Malaysia di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, malam tadi.

MUHYIDDIN bersama tetamu kehormat menekan bola cahaya tanda simbolik perasmian Malam Perdana Siswazah Kelantan 1Malaysia di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, malam tadi.

Kerajaan tanggung kadar faedah antara 4 hingga 5 peratus dikenakan PTPTN

SHAH ALAM: Kerajaan membiayai 85 hingga 95 peratus daripada yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) setiap tahun, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan menanggung kadar faedah antara empat hingga lima peratus setahun yang dikenakan institusi kewangan terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pinjaman pelajar yang disediakannya. Beliau berkata, pada tahun ini saja, kerajaan perlu membayar RM1.09 bilion dalam bentuk kadar faedah, manakala untuk tempoh 2004 hingga 2011, kerajaan akan menanggung kadar faedah sebanyak RM3.62 bilion.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Perdana Himpunan Siswazah Kelantan 1Malaysia di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM di sini, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan; Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK), Mohd Faizal Daud.

Mengambil contoh, Muhyiddin berkata, pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM9,000 atau hanya 5.4 peratus saja bagi tempoh lima tahun, berbanding jumlah sebenar kos kursus ialah RM166,000 atau 94.6 peratus yang ditanggung kerajaan.
"Begitu juga dengan pelajar kejuruteraan di UKM yang hanya membayar yuran RM5,600 untuk tempoh empat tahun berbanding yuran sebenar pengajiannya RM61,200.

"Jadi, pelajar hanya bayar 9.2 peratus saja, manakala bakinya oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata, pelajar juga hanya menggunakan 15 hingga 30 peratus saja pinjaman PTPTN bagi membayar yuran pengajian, manakala 70 hingga 85 peratus lagi adalah untuk kos sara hidup di kampus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan