Sabtu, 14 April 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


3 penyamun mati ditembak

Posted:

3 penyamun mati ditembak

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED


Anggota polis memeriksa dua daripada tiga mayat penjenayah yang maut dalam kejadian berbalas tembakan di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/Zaini Hussin


pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 April - Tiga penjenayah yang dikehendaki kerana dipercayai menyamun sebuah kedai emas di Seksyen 18 Shah Alam pada 6 April lalu mati ditembak selepas kenderaan mereka dikepung polis dalam kejadian berbalas tembakan di Bulatan Cheras, di sini hari ini.

Dalam insiden pukul 11.30 pagi itu, dua daripada suspek mati di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas cedera parah terkena tembakan.

Dua penjenayah berusia 24 tahun dan seorang lagi 40 tahun itu diburu selepas melarikan barang kemas berjumlah RM600,000 dalam kejadian samun berkenaan.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Temui mayat adik dalam longkang

Posted:

Temui mayat adik dalam longkang

Oleh FARIK SALLEH
pengarang@utusan.com.my

KOTA TINGGI 14 April - Tanda tanya mengenai kehilangan seorang lelaki terjawab apabila dia ditemui mati oleh abangnya di dalam sebatang longkang berhampiran kilang kosong di Kawasan Perindustrian Lukut, di sini semalam.

Farid Johan, 32, mencari adiknya, Mohd. Azwan, 24, di kawasan berkenaan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka, pukul 7 petang.

Menurut Farid, dia diminta mencari Mohd. Azwan oleh sepupu mereka, Azrin, 35, yang sebelum itu pulang ke rumah dalam keadaan cedera parah di kepala dan belakang badan.

"Azrin dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) namun selepas sedar daripada pengsan kira-kira pukul 6 petang akibat banyak kehilangan darah, dia minta saya mencari Mohd. Azwan di kawasan tersebut.

"Saya dan seorang lagi sepupu lain bergegas ke kilang kosong itu dan memanjat tembok batu untuk masuk sebelum ternampak mayat adik saya," katanya ketika ditemui di sini.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan