Jumaat, 13 April 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Bangkitkan kelakuan biadab di Parlimen

Posted:

Bangkitkan kelakuan biadab di Parlimen


MOHD. Puad Zarkashi (dua dari kanan) menyampaikan sagu hati khas kepada salah seorang bekas polis zaman darurat, Supian Arjo sambil diperhatikan Din Ahmad (kanan) di Batu Pahat, semalam.


BATU PAHAT 13 April - Tindakan pemimpin pembangkang yang didakwa berkelakuan biadab kerana mempersenda Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu wajar dibangkitkan di Parlimen supaya tindakan itu tidak diulangi mana-mana pihak.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan seperti yang didakwa itu boleh disifatkan sebagai berunsur hasutan supaya orang ramai terikut-ikut menghina Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.

"Kebetulan pada Isnin ini akan dibahaskan satu rang undang-undang baru mengenai kesalahan keselamatan yang mana salah satu kesalahan yang ditekankan adalah mengenai membangkitkan rasa tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Perbuatan paling kurang ajar, biadab – Perkasa

Posted:

Perbuatan paling kurang ajar, biadab – Perkasa

KUALA LUMPUR 13 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan perbuatan mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah perbuatan paling kurang ajar dan biadab.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika dakwaan pengawai perubatan yang bertugas pada majlis istiadat tersebut, Dr. Rahman Kadir adalah benar, mereka yang bertanggungjawab perlu dihukum dengan sekeras-kerasnya.

Jelas Ibrahim, mengenali sikap serta tingkah laku pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan kejadian tersebut sama ada di Dewan Rakyat mahupun ketika demonstrasi jalanan, beliau yakin itulah sebenarnya mentaliti mereka.

"Saya yakin Dr. Rahman bercakap benar dan mustahil beliau berani untuk mereka-reka dakwaan serius sebegitu apatah lagi semasa majlis istiadat Yang di-Pertuan Agong. Pada masa yang sama, beliau pula individu berkecuali dan bukan pemimpin politik.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan