Jumaat, 13 April 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Didakwa dera amah sampai mati

Posted:

Didakwa dera amah sampai mati

Oleh ANI AWANG
utusanpenang@utusan.com.my

BUKIT MERTAJAM 13 April - Nasib seorang amah warga Kemboja yang mati dipercayai akibat didera terbela hari ini apabila majikannya iaitu sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh wanita tersebut.

Soh Chew Tong, 43, dan isterinya, Chin Chui Ling, 41, didakwa dengan niat bersama membunuh Mey Sichan, 24, di premis bernombor 2190 Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak antara 1 Januari dan 1 April lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang hanya menundukkan kepala ketika pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Majistret Chiang Kian Hong menetapkan 7 Jun depan untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkan pendakwa raya mendapatkan laporan kematian mangsa.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Sofa rosak, penuntut dapat wang kembali

Posted:

Sofa rosak, penuntut dapat wang kembali

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
s2@utusan.com.my

SESEBUAH kediaman tidak kelihatan sempurna tanpa dilengkapi perabot yang sesuai untuk keselesaan tuan rumah mahu pun tetamu yang hadir.

Namun proses membeli sesebuah perabot itu memerlukan ketelitian kerana ia adalah peralatan rumah yang akan digunakan untuk tempoh bertahun-tahun lamanya.

Justeru, pengguna hari ini harus lebih peka dalam pemilihan perabot kerana tidak semua perabot baharu itu berkualiti dan dijamin bermutu tinggi.

Bagi Amalina Annuar, 47, kisah sebuah sofa yang dibelinya di kedai perabot Vasijaya Sdn. Bhd. di Kajang membawanya ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Tingkat 16, Putra Place, Jalan Putra, Kuala Lumpur.

Dia mendakwa, set sofa yang dibelinya rosak dalam tempoh kurang dari seminggu menggunakannya.

''Saya beli set sofa itu dengan harga RM1,390 dan skru sofa berkenaan tiba-tiba tercabut apabila anak saya duduk di atasnya, anak saya bukanlah besar badannya, dia bertubuh kecil sahaja.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan