Jumaat, 13 April 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Ahli perniagaan parah kereta meletup

Posted:

Ahli perniagaan parah kereta meletup

Oleh ANI AWANG
utusanpenang@utusan.com.my


ANGGOTA polis mengawal kawasan kereta Nissan X-Trail yang meletup di hadapan rumah Lee Chong Beng di Taman Sembilang, Seberang Jaya, semalam.


BUKIT MERTAJAM 13 April - Seorang ahli perniagaan lelaki parah apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail miliknya tiba-tiba meletup dan terbakar ketika dia menghidupkan enjin di hadapan rumahnya di Taman Sembilang di Seberang Jaya di sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 8.20 pagi, Lee Chong Beng, 52, terbakar hampir 70 peratus di bahagian badan dan segera dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakub berkata, dalam kejadian itu mangsa baru keluar dari rumahnya menuju ke kereta untuk ke tempat kerjanya.

Menurutnya, sebaik sahaja mangsa menghidupkan enjin kenderaannya tiba-tiba berlaku letupan menyebabkan api menyambar mangsa yang ketika itu berada di dalam kereta tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Anggota polis maut ketika kejar suspek

Posted:

Anggota polis maut ketika kejar suspek

BUKIT MERTAJAM 13 April – Hasrat seorang anggota polis untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya Mei ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan ngeri ketika bertugas di Jalan Permatang Tinggi di sini malam tadi.

Konstabel Nan Ruazlan Zulkefle, 23, yang ketika itu sedang mengejar sebuah kereta maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum digilis sebuah lori.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 8.45 malam, mangsa yang bertugas di Balai Polis Machang Bubuk mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakub berkata, mangsa bersama seorang rakan setugasnya sedang menjalankan rondaan bermotosikal dan terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, mangsa yang menunggang motosikal berasingan cuba memintas kenderaan itu untuk mengarahkan pemandunya berhenti untuk diperiksa.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan