Khamis, 12 April 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Sepakat lawan ekstremis global

Posted: 12 Apr 2012 04:12 PM PDT

Nasional

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meraikan rakan sejawatannya dari Britain, David Cameron dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan Asean Business Club di Kuala Lumpur, malam tadi. Majlis makan malam itu bertemakan "Masa Depan Ekonomi UK dan Asean," turut dihadiri oleh 62 syarikat dari rantau Asean termasuk Malaysia dan rakan niaga dari United Kingdom, yang juga sebahagian daripada delegasi perniagaan yang diketuai oleh Cameron.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meraikan rakan sejawatannya dari Britain, David Cameron dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan Asean Business Club di Kuala Lumpur, malam tadi. Majlis makan malam itu bertemakan "Masa Depan Ekonomi UK dan Asean," turut dihadiri oleh 62 syarikat dari rantau Asean termasuk Malaysia dan rakan niaga dari United Kingdom, yang juga sebahagian daripada delegasi perniagaan yang diketuai oleh Cameron.

Malaysia, Britain utama keamanan tolak kaitkan Islam dengan keganasan

SEMENYIH: Malaysia dan Britain sepakat menentang keganasan dan gerakan ekstremis global demi keamanan sejagat serta menolak tanggapan segelintir pihak yang mengaitkan Islam dengan keganasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya, David Cameron sependapat Islam menentang sebarang bentuk keganasan dan tindakan ekstremis. Najib berkata, pengebom berani mati dan serangan terhadap orang awam ditentang dalam Islam dan agama (Islam) turut menghormati agama lain di dunia ini.

"Islam juga berpegang teguh kepada keamanan sejagat dan ajaran Islam menentang pembunuhan orang awam walaupun di medan peperangan," katanya pada dialog Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) di Universiti Nottingham, di sini semalam. Hadir sama Cameron yang sedang dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia.

Najib berkata, GMM dilihat sebagai pentas penting untuk menyampaikan serta menyebarkan mesej keamanan kepada masyarakat antarabangsa kerana berdasarkan senario semasa, keganasan bukan membabitkan antara Islam dan Kristian, sebaliknya lebih kepada ideologi ekstremis.

"Oleh demikian, kita perlu mengambil satu pendekatan berani untuk menentang keganasan dan ekstremis demi keamanan dan keselamatan dunia sejagat," katanya.
Cameron pula menegaskan keganasan atau tindakan ekstremis tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana agama di dunia ini, malah Islam adalah agama yang sering menerapkan mesej keamanan.

"Cabaran dunia ketika ini bukan sekadar menyelesaikan isu berkaitan perubahan iklim atau krisis ekonomi, tetapi untuk menangani kegiatan ekstremis yang dilihat semakin berkembang. Saya sependapat dengan Najib bahawa Islam turut menentang keganasan dan tindakan ekstremis, sebaliknya kita perlu bersama-sama mengekalkan keamanan dunia," katanya.

Mengenai GMM, Cameron berkata, beliau melihat gerakan itu mampu bergerak untuk menyelesaikan masalah ekstremis dan memuji konsep 1Malaysia yang diilhamkan Najib untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Di Britain setiap rakyat berbilang kaum masih terikat dengan identiti perkauman masing-masing.., oleh demikian saya melihat konsep 1Malaysia amat menarik dan kemungkinan sesuai diamalkan di Britain," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Penuhi harapan rakyat: PM

Posted: 12 Apr 2012 04:06 PM PDT

Nasional

NAJIB dibantu  Cheok Sau Yoke memeriksa tekanan darah sambil diperhatikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain di Bukit Aman, semalam.

NAJIB dibantu Cheok Sau Yoke memeriksa tekanan darah sambil diperhatikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain di Bukit Aman, semalam.

Polis diminta jamin keselamatan, bijak seimbang hak asasi semua pihak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) memenuhi dua harapan besar rakyat terhadapnya, iaitu menjamin keselamatan awam dan bijak menyeimbangi antara hak asasi individu dengan kepentingan masyarakat keseluruhannya.

Perdana Menteri berkata, harapan tinggi rakyat kepada institusi yang berperanan menjaga keamanan dan keselamatan negara adalah sesuatu yang munasabah serta perlu disematkan sepanjang masa. "Sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, harapan mereka polis menjamin rakyat dapat hidup dalam keadaan yang cukup selesa dan meyakinkan.

"Saya letakkan dua cabaran ini kepada kita semua, bukan saja kepada PDRM, tapi juga pada diri saya, menteri dan kerajaan. Kita mesti mencapai harapan mereka dan saya cukup yakin cabaran itu mampu dicapai," katanya berucap merasmikan Menara 1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, semalam.

Menara 31 tingkat dengan keluasan 85,000 meter persegi bernilai RM320 juta akan berfungsi sebagai pusat pentadbiran baru menggantikan bangunan lama yang menempatkan Kompleks Jabatan Logistik.

Najib turut mengumumkan pembinaan dewan baru dan peruntukan tambahan RM1.5 juta bagi kemudahan Pusat Saringan Kesihatan dan tadika Permata Pintar yang dibina berhampiran menara itu.
Perdana Menteri berkata, harapan rakyat itu perlu dipenuhi berdasarkan hakikat pembentukan sesebuah negara demokrasi berparlimen ditentukan oleh rakyat sendiri.

"Apabila kita memahami tujuan ini, maka kita perlu bertanya pada diri kita apakah jangkaan rakyat pada kita, sama ada kita sebagai sebuah kerajaan mahupun sebagai sebuah institusi yang menjaga keamanan dan keselamatan negara," katanya.

Bagi merealisasikan hasrat rakyat, Najib berkata, kerajaan akan terus membantu dengan memberi perhatian berat kepada PDRM terutama sekali dalam menyediakan prasarana moden dan lengkap.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada PDRM kerana sejak dilantik menjadi Perdana Menteri, pasukan itu memberi kerjasama dan sokongan penuh kepadanya.

Katanya, tahap kepuasan masyarakat terhadap pasukan keselamatan ketika ini meningkat kepada 70.5 peratus dan berharap warga PDRM akan terus mempertingkat prestasi masing-masing.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil kira pandangan PDRM sebelum menggubal akta baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa terharu kepada polis dan Menteri Dalam Negeri yang memberi kerjasama baik dalam usaha melakukan transformasi itu dengan mengambil kira harapan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan