Ahad, 15 April 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Tiga dibebas, lepas tuduhan rompakan bersenjata

Posted:

Tiga dibebas, lepas tuduhan rompakan bersenjata

ALOR SETAR 15 April - Tiga lelaki dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai emas dekat Pendang pada Julai 2010.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memutuskan demikian setelah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiganya, Marzuki Choo Abdullah, 38, Lim Hoo Sen, 41, dan Zulkifli A. Rahman, 27.

Mengikut pertuduhan Marzuki selaku tertuduh pertama, Hoo Sen dan Zulkifli tertuduh kedua dan ketiga didakwa secara bersama bagi mencapai niat bersama melakukan rompakan telah melepaskan tembakan daripada senjata api dengan niat menyebabkan kematian.

Perbuatan tersebut dilakukan di kedai emas Amigo No. 27 pekan Tanah Merah, Pendang pada pukul 12.30 tengah hari pada 4 Julai 2010.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan