Khamis, 12 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Penduduk bimbang tanah runtuh

Posted:

Penduduk bimbang tanah runtuh

Saudara Pengarang,


seorang penduduk menunjukkan tempat tangki air yang bocor dekat Taman Seri Kemuning, Temerloh .


SAYA mewakili 30 keluarga di Blok Damai 2 dekat Taman Seri Kemuning, Temerloh ingin melahirkan kebimbangan risiko tanah runtuh berikutan kebocoran tangki simpanan air berhampiran kawasan perumahan di situ.

Masalah tersebut berlaku sejak tahun lalu ekoran aliran air yang tidak berhenti daripada tangki tersebut sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk.

Air daripada tangki itu tidak mengalir ke bawah bukit sebaliknya meresap terus ke tanah menyebabkan struktur tanah di atas bukit tersebut menjadi lembap dan berair.

Jika masalah itu tidak diambil tindakan segera, saya bimbang tapak tangki itu mendap dan lama-kelamaan menjadi condong seterusnya jatuh menghempap rumah penduduk.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kawasan sekitar Pos Mini semak

Posted:

Kawasan sekitar Pos Mini semak

Saudara Pengarang,


Penduduk harap kawasan semak-samun sekitar pos mini ini diselenggara bagi mengelak pembiakan binatang berbisa.


KEMUDAHAN pejabat pos mini di Pekan Kerdau, Temerloh merupakan satu kemudahan cukup penting kepada penduduk di sekitar kawasan itu.

Malah permintaan penduduk supaya pejabat berkenaan dibuka di situ ditunaikan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau tahun lalu.

Namun apa yang menimbulkan kemusykilan kepada penduduk adalah lokasi sebenar pos mini itu kerana kawasan sekitarnya ditutupi lalang dan rumput yang tinggi.

Suasana itu mengundang rasa tidak selesa penduduk terutama mereka yang sering berurusan ke pejabat tersebut.

Pos mini itu terletak bersebelahan dengan klinik kesihatan dan pernah beberapa kali klinik berkenaan dimasuki binatang berbisa seperti ular.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Ibu bapa perlu prihatin pergerakan anak-anak

Posted:

Ibu bapa perlu prihatin pergerakan anak-anak

Saudara Pengarang,

KES culik melibatkan kanak-kanak dan masalah remaja lari dari rumah semakin menghantui negara sejak akhir-akhir ini.

Jika dilihat secara mendalam, kelekaan dan kealpaan ibu bapa menjadi pendorong utama terhadap masalah tersebut daripada aspek pengawasan anak-anak mereka.

Pada masa kini, ibu bapa dan penjaga semakin mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak-anak sehingga ada yang membiarkan zuriat mereka terutama yang masih kecil bermain keseorangan di luar rumah tanpa kawalan.

Kes kehilangan seorang kanak-kanak bernama Nurul Nadirah Abdullah, 5, berhampiran kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor sebelum rangka mayatnya ditemui rentung akibat dibunuh dan dibakar Mac lalu sepatutnya menjadi pengajaran kepada ibu bapa.

Ini kerana kes berkenaan boleh dikaitkan dengan kecuaian ibu bapa yang membenarkan kanak-kanak tersebut pergi ke kedai untuk membeli barang seorang diri tanpa pengawasan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan