Khamis, 12 April 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby dipenjara 27 tahun, denda RM894,400

Posted:

Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby dipenjara 27 tahun, denda RM894,400


Md. Zaki Othman


KUALA LUMPUR 12 April - Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. dihukum penjara 27 tahun dan denda RM894,400 selepas didapati bersalah atas lima tuduhan rasuah membabitkan penerimaan set perabot dan tiga utas jam tangan mewah berjumlah RM178,880 daripada seorang kontraktor antara 2007 dengan 2009.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Ahmad Zamzani Mohd. Zain memutuskan demikian terhadap Md. Zaki Othman, 49, selepas mendapati pembelaan lelaki itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan.

Ahmad Zamzani turut memerintahkan tertuduh dipenjara 112 bulan lagi sekiranya gagal membayar denda itu dan kesemua hukuman berjalan secara berasingan bermula hari ini.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh melalui peguamnya, S. Vijayan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Injunksi dua madu Sri Wani didengar 17 Mei

Posted:

Injunksi dua madu Sri Wani didengar 17 Mei


SRI Wani Choo Abdullah ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 12 April - Permohonan injunksi terhadap dua madu oleh seorang pengusaha pusat kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah yang status jantinanya dipertikaikan oleh suami, ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 17 Mei ini.

Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan tarikh tersebut selepas membenarkan permohonan Sri Wani untuk penambahan tempoh masa bagi meminda afidavit injunksi berkenaan.

Bagaimanapun, hakim tersebut menjelaskan, perbicaraan permohonan itu hanya akan berjalan sekiranya segala dokumen yang berkaitan telah difailkan secara teratur.

Pada prosiding terdahulu, Hakim Abdul Walid menasihati Sri Wani agar permohonan injunksi terhadap madu-madunya yang sebelum ini dibuat secara sebelah pihak (ex-parte), difailkan secara inter-parte (antara pihak).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan