Isnin, 16 April 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Azimat gila kuasa

Posted: 15 Apr 2012 11:16 AM PDT

SUBANG JAYA: Ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas mengakibatkan segelintir ahli politik menggadai akidah melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu.

Demi cita-cita politik, mereka yang sebahagian besarnya golongan veteran sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pelbagai benda pelik kononnya mampu memberi manfaat kepada pemakainya bagi memastikan hajat tercapai.

Antara alat kononnya ajaib yang menjadi buruan ahli politik, terutama ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dekat ialah cebisan kelambu Kaabah atau kiswah yang didakwa mampu melariskan diri si pemakai, cincin permata ganjil yang dipakai sebelum berceramah bagi membuatkan pendengar terpengaruh dan kulit rusa putih.

Cemara babi juga dicari kononnya membuatkan si pemakai kebal iaitu pihak lawan sukar menjatuhkannya dalam arena politik.


Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie berkata, kebiasaannya benda pelik itu diperoleh daripada bomoh yang menjalankan khidmat mereka tanpa bersandarkan al-Quran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Pasar berdarah

Posted: 15 Apr 2012 11:16 AM PDT

GOMBAK: "Dalam keadaan berlumuran darah, saya terus memangkunya sebelum berlari kira-kira 150 meter ke klinik berhampiran, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia," kata Misnawi Mohd, 55, bapa kepada seorang remaja perempuan yang maut ditikam seorang lelaki di pasar malam Kampung Wira Damai, Batu Caves, dekat sini, malam kelmarin.

Menurutnya, ketika memeriksa nadi anaknya, Noor Fathanah, 13, doktor memberitahu peluang untuknya hidup tipis.

"Tidak lama kemudian, doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia menyebabkan lutut menggeletar dan badan terus lemah bagaikan mahu pengsan.

"Apapun, saya terima kejadian ini sebagai takdir, tambahan sebelum kejadian, tiada perubahan pelik ditunjukkan arwah yang juga anak bongsu daripada empat beradik," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Selayang, dekat sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, dekat sini bersama kakaknya, Noor Fadilah, 15, serta seorang lagi rakan yang sedang membeli air, parah ditikam suspek dipercayai warga Indonesia yang ketika itu sedang mengejar seorang lelaki rakan senegaranya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan