Jumaat, 13 April 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Duit mahu, suami tak mahu

Posted: 12 Apr 2012 12:34 PM PDT

PASIR GUDANG: Suami yang separuh lumpuh dan dua anak masih kecil ditinggalkannya tanpa penjagaan, namun dia pulang ke rumah sebulan sekali semata-mata mengambil wang bantuan persekolahan anaknya sebanyak RM300 yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Begitu sikap seorang isteri durjana yang menyebabkan suaminya berusia lewat 50-an dan dua anak perempuan berusia sembilan dan 13 tahun hidup melarat serta bergantung kepada keprihatinan jiran untuk makan dan minum setiap hari.

Pegawai JKM Daerah Johor Bahru, Manayi Ibrahim yang mendedahkan sikap isteri berusia 30-an itu berkata, kejadian itu berlarutan lebih setahun lalu, sebelum dikesan pihaknya, baru-baru ini.

Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati wanita terbabit membiarkan suaminya yang uzur akibat angin ahmar dan mengalami jangkitan kuman pada kaki kiri kerana diabetes terlantar di pondok usang bersama dua anak mereka.


Selepas menerima maklumat mengenai nasib tiga beranak itu yang tinggal di pondok yang hampir roboh di sebuah kampung di sini, Manayi berkunjung ke situ semalam untuk melihat nasib mereka sambil ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Hilang ingatan dibelasah

Posted: 12 Apr 2012 12:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera parah di kepala dan mengalami hilang ingatan manakala rakannya cedera ringan selepas ditumbuk dengan buku lima dalam kejadian samun kereta mewah di Lebuhraya Metramac, arah Cheras berhampiran Bandar Sri Permaisuri, di sini, awal semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, mangsa, Mariss Khan Mer Amanullah Khan, 32, dan Ahmad Azraf Azman, 26, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain badminton apabila kereta Honda Civic dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta BMW dari arah belakang di tempat kejadian.

Ahmad Azraf berkata, sejurus dilanggar, dia memberhentikan keretanya di tepi jalan sebelum keluar dari kereta bersama Mariss Khan untuk melihat kerosakan.

Menurutnya, tiga lelaki kemudian turun dari kereta BMW berkenaan, namun dia terkejut selepas mendapati dua daripada mereka bersenjatakan buku lima manakala seorang lagi membawa parang berlari ke arah kereta mereka.


"Lelaki yang membawa parang itu menyerang dengan senjatanya, namun saya sempat mengelak, tetapi saya tetap ditumbuk lelaki itu beberapa kali.


"Mariss tidak sempat mengelak kerana dua lelaki itu sudah menumbuknya bertubi-tubi dengan buku lima di muka dan kepala hingga pengsan," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan