Rabu, 11 April 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Sekejap muda, sekejap tua’

Posted: 10 Apr 2012 11:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Sejak kecil saya melihat ibu lakukan pemujaan di rumah ibadat bukan Islam dan saya pernah lihat ada darah, kuku dan jarum dalam tiga mangkuk berasingan tersimpan di bilik yang digunakan ibu untuk berubat.

"Malah, ibu turut menggunakan al-Quran untuk menipu orang. Jadi, saya tidak sanggup lagi melihat amalan khurafat dilakukan ibu dan tidak mahu lebih ramai menjadi mangsanya."

Demikian cerita gadis berusia 19 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul ketika mendedahkan perbuatan khurafat ibunya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.

Nurul ditemani suaminya mengadakan sidang media itu bersama tujuh individu lain yang menjadi mangsa penipuan ibunya membabitkan kerugian lebih RM20,000.


Nurul berkata, dia yakin ibunya berusia 47 tahun itu mengamalkan ilmu hitam dan menggunakan ilmu berkenaan untuk mendapatkan wang dengan menipu orang ramai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Rahsia lokasi majlis

Posted: 10 Apr 2012 11:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis perkahwinan pelakon Fasha Sandha, 28, dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April ini, sebagaimana tercatat dalam kad undangan perkahwinannya yang akan mula diedarkan dalam masa terdekat.

Fasha yang dinobatkan Pelakon TV Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) buat kali keenam, Ahad lalu berkata, majlis perkahwinannya akan diadakan secara tertutup membabitkan anggota keluarga serta kenalan rapat sahaja.


"Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan.

"Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya," katanya kepada Harian Metro, semalam.


Awal bulan lalu, Fasha selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya mengesahkan mengenai perkahwinannya dengan Rizal selepas gambar mereka berdua menghadiri kursus perkahwinan tersebar di portal berita hiburan di Internet.


Namun, ketika itu pelakon yang baru pulang dari Paris selepas selesai penggambaran drama Seindah Sakura, masih enggan memaklumkan mengenai tarikh perkahwinan mereka.

Sementara itu, Rizal ketika ditanya perasaannya menjelang persiapan majlis perkahwinan mereka berkata, dia hanya inginkan sebuah majlis sederhana, tetapi meriah.


"Persiapan kami lakukan perlahan-lahan memandangkan jadual kerja masing-masing yang padat namun alhamdulillah semuanya hampir selesai. Insya-Allah kami akan mengedarkan kad dalam masa terdekat," kata usahawan berusia 36 tahun yang menyifatkan Fasha seorang wanita yang melengkapkan hidupnya.

Ketika ditanya mengenai khabar angin mengatakan pasangan glamor ini akan mengadakan majlis resepsi gilang gemilang sama ada di Jakarta atau Pulau Bali, Indonesia pada Jun depan, Rizal berkata: "Biarlah kita lakukan mana yang wajib dulu. Majlis bersanding atau majlis lain kemudian," katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan