Ahad, 1 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Sepuluh maut letupan di Yala

Posted:

Sepuluh maut letupan di Yala



YALA 31 Mac - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam siri serangan bom di selatan Thailand, hari ini.

Tiga letupan bom selang beberapa minit menggegarkan pusat bandar Yala sekitar tengah hari ini, ketika orang ramai keluar untuk makan dan membeli-belah.

"10 orang disahkan maut, lebih 100 lagi cedera dalam letupan-letupan bom di Yala," kata jurucakap bagi tentera wilayah selatan, Kolonel Pramote Promin.

Ketiga-tiga letupan berlaku dalam lingkungan 100 meter, yang pertama dan kedua berpunca daripada bom motosikal manakala bom ketiga yang terkuat disembunyikan di dalam kereta, katanya.

Gabenor wilayah Yala, Dethrat Simsiri memberitahu televisyen Thailand, bom-bom tersebut dipercayai diledakkan dengan isyarat telefon mudah alih dan kebanyakan mangsa cedera dalam letupan bom kereta.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Durian runtuh diumum Mei

Posted:

Durian runtuh diumum Mei

Oleh HERMAN HAMID
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak disambut ribuan warga peneroka yang hendak bersalaman dengan beliau ketika hadir pada Majlis Bersama Perdana Menteri di Felda Triang Tiga, Bera, Pahang, semalam. Turut hadir, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – MINGGUAN/MAHATHIR ALI


BERA 31 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengumumkan nilai durian runtuh yang dijanjikan kepada peneroka berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) pada satu majlis himpunan raksasa warga Felda di negeri ini pada Mei depan.

Menurut Perdana Menteri, nilai pemberian itu dijamin menyamai maksud durian runtuh itu sendiri yang merupakan satu lonjakan berganda kepada peneroka sekali gus membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan berjanji kosong.

''Kalau saya istilahkan ia durian runtuh, tak kan ia sama dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M), RM500. Tentu jangkaannya lebih. Banyak mana, tunggu, kita akan buat satu perhimpunan raksasa di negeri Pahang ini sebab inilah negeri yang terbanyak rancangan Felda dan di negeri Pahanglah lahirnya Felda.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Jihad aman merdekakan Palestin

Posted:

Jihad aman merdekakan Palestin

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 31 Mac - Lebih 1,300 peserta menyertai konvoi pembebasan Al-Quds yang bergerak dari Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini bagi menunjukkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin sempena program Global March to Jurusalem (GMJ) 2012.

Konvoi membabitkan 500 kereta dan motosikal berkuasa tinggi itu memulakan perjalanan kira-kira pukul 9.30 pagi dan sampai ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini kira-kira setengah jam kemudian.

Program yang dianjurkan oleh Aman Palestin itu disertai oleh kira-kira lapan kelab kereta dan penunggang motor iaitu Kelab Kereta Perodua Viva (VicaC), Myvi Club and Myvi Empire, Kelab Kereta Perodua Alza, Kenarianz and Malaysia Kenari Move Community, Neo Crews Malaysia, Waja Club, Tulang Bikers dan Krua Bikers.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan