Ahad, 1 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Program amal bersihkan Pantai Bisikan Bayu

Posted:

Program amal bersihkan Pantai Bisikan Bayu

PASIR PUTEH 31 Mac - Lebih 300 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Ru, kakitangan Tok Aman Bali Beach Resort (Tok Aman Bali) dan Safarin Beach Resort menyertai program amal membersihkan kawasan Pantai Bisikan Bayu, Semerak dekat sini, kelmarin.

Pengurus Besar Tok Aman Bali, Hizam Shah Omar berkata, pada program tersebut, pihaknya membersihkan pantai sepanjang satu kilometer daripada sampah sarap.

Beliau berkata, pihaknya amat menghargai kerjasama yang diberikan sekolah terlibat untuk membantu pengusaha industri pelancongan di daerah ini.

"Para pengunjung yang bersantai di pesisir Pantai Bisikan Bayu Semerak termasuk peniaga dan penjaja kecil tempatan seharusnya mengambil tanggungjawab yang sama iaitu membuang sampah di tempat yang disediakan.

"Tong sampah juga perlu diperbanyakkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan orang ramai membuang sampah di tempat yang sepatutnya," katanya ketika ditemui pada majlis gotong-royong di Pantai Bisikan Bayu Semerak dekat sini, hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Seleweng minyak: 14 disenarai hitam

Posted:

Seleweng minyak: 14 disenarai hitam

KEMAMAN 31 Mac - Empat belas pemilik bot nelayan di negeri ini disenaraihitamkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) setelah didapati terbabit dalam kegiatan menyeleweng minyak subsidi menerusi penggunaan kad e-diesel dan e-petrol.

Pengarah LKIM negeri, Mohd. Saffe Mohd. berkata, bagi kes penyalahgunaan kad e-diesel, jumlah pemilik bot tertinggi yang dikenakan tindakan senarai hitam ialah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Terengganu Selatan iaitu seramai sembilan orang diikuti PNK Marang (tiga orang) dan dua lagi dari PNK Besut.

"Sepanjang tempoh itu juga, pihak LKIM telah meluluskan sebanyak 1,424 kad subsidi pembelian minyak diesel di seluruh negeri ini.

"Bagaimanapun, hanya 1,063 daripadanya masih aktif dan boleh digunakan bagi tujuan membeli diesel subsidi di tempat yang disediakan," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan di Dewan Nelayan Kampung Che Wan Kijal di sini, hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan