Isnin, 16 April 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Dua sahabat didakwa merogol, seorang bersubahat

Posted:

Dua sahabat didakwa merogol, seorang bersubahat

KUALA TERENGGANU 16 April – Dua pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun manakala seorang rakan mereka didakwa bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada awal bulan ini.

Abdullah Che Pa, 19, Faizol Yaakob, 22, dan rakan subahat mereka, Nor Shahrul Zuraimie Noruddin, 20, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.

Abdullah didakwa merogol mangsa di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Tembila, Kampung Gong Medan, Kampung Raja, Besut di sini di antara pukul 9 malam dan 11 malam, 2 April lalu.

Faizol pula didakwa merogol mangsa di rumah tertuduh di alamat Lot 120, Jalan Tembila, Kampung Gong Medan, Kampung Raja, Besut di antara pukul 8 pagi dan 10 pagi, 3 April lalu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pembantu kedai dijel 12 tahun bunuh isteri

Posted:

Pembantu kedai dijel 12 tahun bunuh isteri

KUANTAN 16 April – Seorang pembantu kedai dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian isterinya dengan menindih tubuh dan mencekik leher mangsa pada pertengahan tahun lalu.

Hakim Datuk Mariana Yahya menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Lee Kim Fook, 52, yang melakukan perbuatan itu ke atas Yap Kwee Yin, 51, di rumah mereka di No. 13, Lorong Seri Setali 78, Taman Setali, di sini di antara pukul 7 pagi dan 10 pagi, 28 Jun 2011.

Menurut fakta kes, sebelum kejadian, mangsa dan suaminya itu bertengkar mengenai surat saman yang diterima daripada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Ia menyebabkan Kim Fook menolak Kwee Yin ke dinding dan menindih tubuh isterinya itu menggunakan lutut sambil mencekik leher wanita tersebut sehingga mati.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan