Isnin, 16 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Tahun Melawat Jerantut meriah

Posted:

Tahun Melawat Jerantut meriah

Oleh M. RIZAL NOR
utusanpahang@utusan.com.my


HIMPUNAN 1,000 belia turut mewarnai Karnival dan Tahun Melawat Jerantut 2012 di Padang Bola Sepak, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 16 April - Pahang merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai tempat menarik hingga menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Tidak terkecuali Jerantut yang mendapat jolokan Bandar Taman Negara kerana daerah ini mempunyai beberapa destinasi menarik yang sentiasa menggamit kedatangan pelancong.

Selain destinasi utama iaitu Taman Negara Kuala Tahan, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan indah di Gua Kota Gelanggi, Lembah Kiol, Lata Meraung dan tempat-tempat bersejarah yang dikaitkan dengan pahlawan Mat Kilau.

Bagi tujuan merancakkan lagi industri pelancongan di daerah ini, Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Jerantut, Kementerian Pelancongan, agensi kerajaan dan syarikat swasta termasuk Terra Venture Event Management mengadakan Karnival dan Tahun Melawat Jerantut 2012.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Jadikan Karnival Jerantut acara tahunan

Posted:

Jadikan Karnival Jerantut acara tahunan


Sebahagian pengunjung memilih piza di salah sebuah gerai pada Karnival dan Tahun Melawat Jerantut 2012 di Padang Bola Sepak Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 16 April - Karnival Jerantut yang melabuhkan tirainya 31 Mac lalu perlu dijadikan acara tahunan bagi merancakkan lagi industri pelancongan dan ekonomi di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, penganjuran karnival yang julung-julung kali diadakan itu ternyata berjaya menarik ramai pelancong ke Bandar Taman Negara itu.

"Idea ini tercetus apabila melihat kejayaan Karnival Rompin, jadi saya mencadangkan kepada Majlis Daerah Jerantut (MDJ) untuk mengadakan Karnival Jerantut.

"Saya rasa karnival ini wajar dijadikan acara tahunan kerana ia menjadi platform terbaik untuk membawa orang ramai mengenali Jerantut dengan lebih dekat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Bina segera pusat kesihatan di Felda Sungai Klau

Posted:

Bina segera pusat kesihatan di Felda Sungai Klau

RAUB 16 April - Kementerian Kesihatan diminta membina segera sebuah pusat kesihatan di Felda Sungai Klau yang tertangguh sebelum ini ekoran projek pembinaaan Empangan Klau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, pembinaan pusat kesihatan itu menjadi keperluan kepada kira-kira 4,000 penduduk di kawasan tersebut.

Menurut beliau, kemudahan kesihatan itu juga menjadi keperluan penduduk di Kampung Baru Sungai Klau, Sungai Chalet dan berpuluh buah kampung tradisional sekitarnya.

"Kerajaan meluluskan RM10 juta untuk pembinaan klinik tersebut sejak tiga tahun lalu, tetapi pembinaannya terpaksa ditangguhkan berikutan masalah tanah ekoran projek Empangan Klau.

"Kini, masalah empangan telah selesai, tapak pembinaan pusat kesihatan tidak termasuk dalam kawasan projek empangan dan penduduk berharap Kementerian Kesihatan dapat melaksanakan pembinaan pusat kesihatan dengan segera," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia 2012 Peringkat Daerah Raub di Dewan Orang Ramai Felda Lembah Klau, di sini semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan