Isnin, 16 April 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


‘Geng Lastik’ akhirnya tumpas

Posted:

'Geng Lastik' akhirnya tumpas

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

IPOH 16 April – Kumpulan penjenayah 'Geng Lastik' yang diburu polis kerana bergiat aktif dalam jenayah samun dan curi kereta mewah sekitar Lembah Klang dan Lembah Kinta akhirnya tumpas selepas perancang utama dan dua anggota kumpulan itu ditahan semalam.

Ketiga-tiga suspek yang berusia 33 hingga 45 tahun dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau, ditahan dalam satu serbuan di sebuah hotel di Ipoh Garden di sini, kira-kira pukul 11 pagi.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua buah kereta bernilai lebih RM320,000 iaitu kereta BMW Hatchback 118i dan Honda Accord Vti yang dilaporkan hilang di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur dan Batu Gajah, Perak baru-baru ini.

Menggunakan modus operandi 'lastik dan pecah', kumpulan itu melastik tingkap kaca rumah mangsa dan sekiranya mendapati ia tidak berpenghuni, suspek memecah masuk serta melarikan harta benda berharga termasuk kereta.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Polis cari Muhammad Osman

Posted:

Polis cari Muhammad Osman

KOTA KINABALU 16 April - Polis masih mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan bunuh seorang wanita di Jalan Kalabakan di Tawau pada 7 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, pada masa ini pihak polis telah menahan tiga lelaki berusia antara 24 dan 56 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu.

"Polis kini mengesan seorang lagi lelaki bernama Muhammad Osman (gambar), 40-an. Kita minta bantuan orang awam yang ternampak lelaki ini supaya menghubungi balai polis berhampiran," katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 7 April lalu seorang wanita, Sang Sui Fong, 45, ditemui mati dengan kesan tikaman di Jalan Kalabakan di Tawau.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan