Isnin, 16 April 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Kontraktor gagal urus sampah

Posted:

Kontraktor gagal urus sampah

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my


BEGINILAH keadaan timbunan sampah sarap sepanjang jalan berhampiran Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves yang mencemarkan pemandangan dan berbau busuk sehingga menggangu keselesaan pengguna dan penduduk setempat. – utusan/Ghazali Basri


SELAYANG 16 April – Bukan sekali dua, tetapi sudah berpuluh kali penduduk di negeri ini meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati berhubung kerja-kerja pengutipan sampah di kawasan pentadbiran mereka.

Terbaru, penduduk Pangsapuri Permai dan Kampung Melayu Wira Damai di Batu Caves mendakwa kegagalan kontraktor lantikan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan telah menyebabkan masalah timbunan sampah berlaku di kawasan mereka sejak akhir-akhir ini.

Dakwa penduduk, mereka terpaksa berhadapan dengan bau busuk longgokan sampah yang tidak dipungut sejak seminggu lalu sehingga mengganggu ketenteraman penduduk sekitar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

'Ketenteraman kami terganggu'

Posted:

'Ketenteraman kami terganggu'

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
pengarang@utusan.com.my


Mohd. Shan Abdullah (tengah) menjawab persoalan penduduk dalam sidang media berhubung bantahan penggunaan laluan utama ke kediaman penduduk oleh pemaju di Damansara Damai, Petaling Jaya, semalam. - utusan/MOHD. NAIM AZIZ


PETALING JAYA 16 April - Kira-kira 100 penduduk perumahan Saujana Damansara di sini mengadakan bantahan aman terhadap tindakan pemaju menggunakan laluan utama masuk ke kediaman mereka bagi melaksanakan projek bersebelahan perumahan di situ.

Mereka yang tinggal di beberapa rumah teres berhampiran bimbang kehadiran kenderaan berat untuk kerja-kerja pembangunan akan menyebabkan ketenteraman penduduk terganggu.

Pengerusi Persatuan Penduduk perumahan itu, Mohd. Shan Abdullah berkata, pihaknya telah menerima surat daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertarikh 20 Februari lalu mengatakan bahawa pihak berkuasa tempatan itu tidak mempunyai masalah membenarkan pemaju menggunakan laluan utama penduduk untuk ke tapak projek.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Naib Canselor baru Unisel belum diiktiraf?

Posted:

Naib Canselor baru Unisel belum diiktiraf?

SHAH ALAM 16 April - Kemelut pertikaian pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang berlanjutan hingga berbulan-bulan lamanya sebelum ini dilihat berjangkit pula kepada institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri, Universiti Selangor (Unisel) apabila pelantikan Prof. Dr. Anuar Ahmad sebagai Naib Canselor tidak iktiraf oleh kerajaan negeri.

Menurut sumber, surat pelantikan Dr. Anuar yang sebelum ini dilantik menjadi pemangku Naib Canselor dikatakan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kira-kira dua minggu lalu.

Namun sehingga kini difahamkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Unisel tidak membuat pengesahan atas pelantikan tersebut.

Dr. Anuar ketika dihubungi Utusan Malaysia mengakui bahawa beliau ada menerima surat pelantikan tersebut daripada kementerian namun enggan mengulas mengenai perkara itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan