Isnin, 16 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Sekat dana wang haram

Posted: 15 Apr 2012 03:22 PM PDT

MukaDepan

Parti politik perlu pastikan pemimpin, ahli tidak terima bantuan pihak ada rekod jenayah, rasuah

PUTRAJAYA: Parti politik perlu memastikan pemimpin dan ahli tidak menerima sumbangan dana daripada pihak yang mempunyai rekod jenayah serta rasuah bagi mengelakkan parti dipengaruhi oleh mereka yang mahu mengambil kesempatan untuk kepentingan tertentu.

Sehubungan itu, parti politik dicadangkan supaya menggubal peraturan menerusi pindaan perlembagaan bagi mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar peraturan berkenaan supaya rakyat yakin terhadap parti yang dipilih untuk memerintah negara. Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah, Datuk Hisham Nordin, berkata langkah proaktif dan telus berkenaan perlu menetapkan syarat supaya parti politik tidak menerima dana daripada individu atau pihak yang integritinya diragui.

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

muhamad bakri bin haji esa

ini satu langkah yang perlu memandangkan gejala ini amat bahaya yang akan memyebabkan maruah negara dan kesan yang paling ditakuti kedaulatan negara akan hilang.dan amat bertepatan sekali langkah ini.rasuah dan pengubahan wang haram amat bahaya bagi negara.

kamaruddin ibrahim

boleh wujudkan bermacam macam polisi untuk menambahbaikkan sistem yang sediada yang dikhuatiri yang dari segi keberkerkesanannya. sejauh mana PENCAPAIAN itu boleh dicapai sekiranya keikhlasan berkerja masih ditakuk lama!Siapa diantara kakitangan kerajaan yang sedang duduk dalam zon selesa yang sanggup tambah lagi kerja sedangkan kerja yang sedia ada pun 'pencapaiannya' masih boleh dipertikaikan.Sebahagian anggota polis pula bersikap umpama madu dan racun.frust...!!!


Anwar masih TPM ketika tubuh PTPTN

Posted: 15 Apr 2012 03:20 PM PDT

SINTOK: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingin dimansuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditubuhkan pada 1997 ketika ketua pembangkang itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Bekas Perdana Menteri berkata, Anwar sendiri tidak tahu apa yang difikirkannya dan terlupa kerana ketika itu beliau adalah timbalannya dan pernah memangku jawatan Perdana Menteri pada 1997.

"Itulah Anwar... dia sendiri tak tahu apa yang dia fikir, dia lupa. Biarlah, mereka (negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma... kita boleh mansuhkan PTPTN tetapi biar orang yang minta mansuh saja terbabit.

"Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita terus bagi," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, semalam.

Sebelum ini, terdapat laporan sebuah laman blog RBH online menyifatkan cadangan Anwar untuk memansuhkan PTPTN adalah sandiwara semata-mata kerana beliau adalah individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.

Pada ketika itu, Dr Mahathir mengambil cuti lebih dua bulan dan melantik Anwar sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Dyann

Budak-budak yang membuat perhimpunan minta mansuh PTPTN tu tak layak menjadi mahasiswa. Kata untuk mengurangkan beban dalam kampus? PTPTN lah yang memabantu dalam kampus. Bayar balik bila dah kerja, tentu dah mampu sebab orang terpelajar. Lainlah kalau tak nak belajar sungguh2 dan lebih suka di jadikan boneka oleh parti politik. Adik-adik,jadilah mahasiswa yang berotak.

Zaifuddin

Daripada hapuskan hutang PTPTN yg bulan2 bayaran balik dia rendah sgt, baik hapuskan hutang2 credit card yg interest dia tinggi bangat ataupun hutang2 yg bawah RM20K... Baru leh pangkah pembangkang :-)

aspahc09_1975

Msia bukannya negara kebajikan.semua nak subsidi,apa dah jd nie? myk n keperluan harian dah byk bg subsidi..kalau ptptn pun nak d mansuh,negara kita boleh jd bankrap.mane kjaan nak dpt duit nak tggung kos pelajar yg maruk universit.tlg lah,jgn politik kan ptptn.bukan nya sedikit wang negara dperlukan nak hapuskan ptptn.

the reader

hapuskan saja caj perkhidmatan... yang telah dipinjam tu kita bayarlah. jangan pulak kerjaan macam along kenakan faedah... kalau nak melabur jangan lah melabur pada pelajar... banyak lagi sektor yang lain kalau kerajaan nak dapat faedah..

X Graduan IPTA

Saya menulis bukan kerana politik cuma terpanggil untuk meluahkan pendapat. Mari kita imbas kembali semasa zaman Tun Hussein Onn dan pada awal Tun Mahathir sebagai PM dan zaman zaman sebelumnya. Semasa itu saya menuntut di salahsatu IPTA di Malaysia. Sepanjang ingatan saya semua pelajar IPTA masa itu mendapat Biasiswa samada dari Kerajaan atau MARA atau Kerajaan Negeri atau agensi-agensi kerajaan/swasta dan tidak perlu bayar balik selagi tidak melanggar perjanjian yang dipersetujui. Saya rasa amat terkejut kenapa sekarang Kerajaan atau agensi-agensi yang berkenaan tidak boleh memberi biasiswa seperti dahulu. Malah Kerajaan memperkenalkan PTPTN dan pelajar terpaksa membayar balik pinjaman selepas tamat belajar. Apakah sekarang ini Kerajaan sudah tidak mampu untuk memberi biasiswa untuk pelajar-pelajar IPTA. Apakah pendapatan Kerajaan sekarang ini dah berkurangan dan sudah tidak mampu lagi. Saya berpendapat untuk pelajar-pelajar IPTA Biasiswa perlu diteruskan dan untuk pelajar IPTS pinjaman boleh diberikan untuk mereka meneruskan pengajian. Saya rasa cara tersebut adalah yang terbaik.

ate maganda

dulu lain, sekarang lain. sekarang Anwar dah jadi pembangkang. usul cadangan yang disetujui atau diluluskan dulu pun dibangkang. dah namanya pembangkang... Anwar fikir masih ramai anak muda memiliki sikap pendek akal seperti dia sebab itu dia buat saja asal dia berjaya timbulkan situasi huru-harakan keadaan menggunakan anak muda supaya pihak kabinet menteri tak senang duduk.

Noor Azam Mohamed

Ini tindakan terdesak mencari sokongan dikalangan orang yang masih berhutang dengan PTPTN. Hutang perlu dibayar, itu namanya tanggungjawab setelah mengambil wang dengan niat meminjam. Masa yang sama PTPTN jangan lah macam kura-kura, peminjam nak bayar penuh pun nak kena tunggu setengah bulan nak mengira.. Takde calculator ke?

hci

saya sepenuh hati menyokong kerajaan n juga ptptn. tidak semua nye hendak dberi percuma..biar ade tanggunjawab sikit utk mbayar balik..spaya kite tidak terlalu dmanjakan. hidup 1malaysia..tanah airku..yg aman bebanding negara2 lain.alhamdulillah utkmu kerajaan

Mabaloh Im.Tokoh

Org yg tolong buat rumah,org itu pula yg nak robohkan rumah yg dia sendiri terlibat mendirikan rumah tersebut. Hai...lupakah rumah itu yg tempat anak anak kita berteduh...

annacomel

Sungguh keji cara pkr ingin memancing undi... pernah satu ketika dulu PKR melaungkan hari ini PKR menang esok minyak turun 50 sen seliter..sekarang pula melaungkan pkr menang akan hapus hutang pTPTN..semua itu akan menggunakan duit petronas katanya..janji yang ditaburkan dari tabungan terpenting negara yang perlu diurus secara bijak.. kalau begitu saya pun boleh berjanji jika saya jadi pM saya akan berikan elaun 500 seorang kepada semua rakyat tanpa mengira status dan saya akan gunakan duit petronas...nampak sangat betapa terdesaknya ingin menjadi PM. PKR adalah satu parti yang bertujuan untuk menjadikan seseorang itu PM. Sepatutnya parti ditubuhkan untuk melaksanakan sesuatu sistem pemerintahan tersendiri.

Alan

mudah saja. hapuskan caj perkhidmatan. saya dapat penangguhan bayaran kerana sambung belajar. tapi caj perkhidmatan masih dikenakan.

azli misbah

Itu Anuar. dia dah lupa. Apa salahnya anak2 kita dapat kemudahan. Saya bersyukur kerana dgn adanya pinjaman PTPN menyedarkan anak2 kita perlu gigih belajar dgn matalamat setelah selesai belajar dgn keputusan yg baik mendapat kerja dan mampu membayar hutang mereka. Ini juga mengajar mereka komited menguruskan wang dgn membelanjakan mengikut keperluan. Cuma anak2 yg ingat akan dpt mencapai matalamatnya. PTPTN juga tlh byk membantu rakyat yg tidak mampu melihat anak2 mereka ke menara gading kerana PTPTN membantu mengurangkan beban mengeluarkan belanja sepanjang anak2 mereka belajar. Syukur atas kemudahan ini yg disediakan oleh kerajaan.

aida azni

sokong roti planta :))

isna zonkaply

Saya sokong pendapat Roti Planta.Kalau semua Di beri Subsidi,belum tentu pelajar akan menghargai.Dari mana pulak kerajaan akan mendapat Dana untuk beri subsidi generasi seterusnya.Untuk mendapat Ilmu pelajar perlu buat pengorbanan sedikit berbanding pengorbanan orang2 zaman dahulu ketika menuntut kemerdekaan untuk kita semua.Jangan terlalu taksub dengan Politik,pelajaran terabai.Lihat la kaum lain yang bertungkus lumus belajar menuntut ilmu.

kasi pinjam

Hadoyaiiii pe kes nie weiii aku dulu stdy pon pnjam pa n ma jerr dorg yg dapt bantuan kire nsyukurlah kn..nk harap duit sendiri mang kebulur s tros ke liang lahat nti..agak2 lah nk buat sesuatu tu ini kn untk hak pelajar dan yg plg penting hak melayu juga..hutang lain pon x ter bayar ni lag nk lupus ptptn,byr hutang moto kereta pon tangguh2 tu pon tarak fikir ker...pale tu letak kt ner weiii!!!!!!!...fikir2 kn lah....

HJ SHARI

Jangan kerana beberapa ekor nyamuk, kelambu nak dibakar semua. Ada orang memerlukan PTPTN ni untuk perbelanjaan pengajian peringkat tinggi. Pilihan untuk memansuhkan dan ganti dengan bantuan lain kena lihat dalam bentuk keprofesionalanya bukan menjadikan ia isu berpolitik, ramai orang dah muak berpolitik banyak sangat.

Nur E Man

Melayu mudah lupa.

Roti Planta

Didalam kes ini PKR tersilap langkah. Menggalakkan peminjam tidak membayar hutang adalah satu tindakan yang merbahaya. Ramai yang akan mengambil kesempatan untuk faedah diri sendiri dan menjejaskan tabung yag sepatutnya digunakan untuk pelajar yang akan datang. Budaya buruk ini mungkin pula akan menular untuk tidak membayar pinjaman perumahan kerajaan, bil hospital, yuran sekolah dan sebagainya yang merupakan hutang/bil peribadi.

Jika kerajaan PR (jika) memerintah dan mampu, maka ianya perlu mulakan biasiswa pada generasi seterusnya bukannya membatalkan hutang peminjam lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan