Isnin, 16 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Najib lancar kereta Proton Preve berinternet

Posted:

Najib lancar kereta Proton Preve berinternet

Najib lancar kereta Proton Preve berinternet

NAJIB (kiri) bersama Dr. Mahathir dan Syed Zainal Abidin bergaya dengan kereta Proton Preve yang dilancarkan di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan model terbaharu Proton Holdings Bhd. (Proton) bagi pasaran global iaitu Proton Preve di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa The Mines di Seri Kembangan dekat sini malam tadi.

Perdana Menteri menyifatkan kereta global itu, yang dilengkapi kemudahan Internet wifi 4G, bukan sahaja sangat berkualiti malah ciri-ciri keselamatannya diyakini mampu menepati piawaian antarabangsa.

Tegas beliau, lebih membanggakan produk terbaharu Proton itu dijual pada harga yang mampu dibayar oleh rakyat Malaysia.

"Saya yakin Proton kini di ambang menempa sejarah baharu dalam usahanya untuk memenuhi cita rasa pelanggan.

"Saya dapat melihat keghairahan dalam diri anda semua kerana bukan mudah mahu menghasilkan kereta untuk rakyat Malaysia," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Suri cuma perlu bayar separuh

Posted:

Suri cuma perlu bayar separuh

Suri cuma perlu bayar separuh

Oleh NOR IDAYU BOSRO dan NASRUL FAIZ ABU AZAL
berita@kosmo.com.my


SURIJANINGSIH dan anaknya Zakaria Nasir bersyukur setelah DBKL memberi diskaun ke atas cukai pintu kediaman mereka di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Menantu Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee boleh menarik nafas lega apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk mengurangkan kadar tunggakan cukai pintu ke atas rumah pusaka peninggalan seniman berkenaan di Taman Setapak Jaya di sini bagi mengelakkan rumah tersebut disita.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, Surijaningsih Bakar, 43, yang merupakan balu kepada anak Allahyarham P. Ramlee iaitu Mohd. Nasir diberi pengecualian sebanyak 43 peratus atau RM4,385 daripada jumlah keseluruhan cukai iaitu RM10,151.50.

Katanya, ini bermakna mereka hanya perlu membayar RM5,766.50 secara ansuran sebanyak RM259 sebulan dalam tempoh dua tahun bermula dari April 2012 hingga Mac 2014.

"Pengecualian tunggakan cukai itu meliputi potongan faedah notis sebanyak dua peratus, waran denda sebanyak 10 peratus dan potongan jumlah kadar faedah terkumpul.

"Kita juga memanjangkan tempoh bayaran selama dua tahun bagi mengelakkan mereka daripada dibebani hutang yang besar," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Menara DBKL di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Undang-undang baharu ganti ISA

Posted:

Undang-undang baharu ganti ISA

Undang-undang baharu ganti ISA


NAJIB membentangkan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bacaan kedua di Parlimen semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membentangkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Parlimen bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Ekoran penggubalan rang undang-undang itu, beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan mengadakan tujuh lindung jamin bagi memastikan ia seimbang dan adil.

Beliau berkata, kerajaan juga akan menubuhkan sebuah jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan akta itu dari semasa ke semasa di mana jawatankuasa tersebut juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaannya serta mengemukakan syor untuk penambahbaikan.

"Keanggotaan jawatankuasa ini bukan hanya terbatas kepada agensi yang berkenaan tetapi juga melibatkan Presiden Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia," tegasnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan