Ahad, 15 April 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Diedar mulai esok hingga Jun

Posted:

Diedar mulai esok hingga Jun

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bergambar bersama penerima-penerima anugerah pelajar cemerlang pada majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Wilayah Persekutuan 2011 di Dewan Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam - utusan/ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR 15 April -Kira-kira 7,000 pembeli perumahan awam sekitar ibu kota bakal merealisasikan impian memiliki rumah idaman apabila surat tawaran bagi fasa pertama skim pembiayaan khas Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL) akan diedarkan mulai esok.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, surat tawaran yang akan diserahkan kepada pembeli dari rumah ke rumah akan diedarkan secara berperingkat sehingga Jun.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pesta Sukan Badan Kebajikan Utusan Melayu bermula

Posted:

Pesta Sukan Badan Kebajikan Utusan Melayu bermula

KUALA LUMPUR 15 April – Temasya Sukan Badan Kebajikan Utusan Melayu (BKUM) 2012 dirasmikan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin di Pusat Sukan Universiti Malaya, di sini hari ini.

Temasya yang diadakan setiap dua tahun itu disertai oleh wakil dari jabatan-jabatan dalam Kumpulan Utusan yang akan berentap untuk merebut johan keseluruhan yang dijangka berakhir pada Jun ini.

Sebanyak lapan pasukan menyertai temasya tersebut. Antara permainan yang dipertandingkan adalah futsal, bola jaring, bola tampar, badminton dan lain-lain lagi.

Turut hadir Pengarah Eksekutif, Datuk Mohd. Nasir Ali; Timbalan Ketua Pengarang, Datuk Othman Mohamad dan Yang Dipertua BKUM, Kamsari Nor.

Sementara itu, Kamsari berkata, penganjuran program tersebut bertujuan merapatkan lagi hubungan antara kakitangan Utusan dari pelbagai peringkat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Penduduk bantah campur tangan ADUN

Posted:

Penduduk bantah campur tangan ADUN

KUALA LUMPUR 15 April - Penduduk di Seri Kembangan dekat sini membantah campur tangan politik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Ean Yong Hian Wah berhubung permohonan peniaga untuk membina semula empat buah kedai mereka yang terbakar tiga tahun lalu.

Timbalan Setiausaha Bahagian MIC Serdang, Datuk N.K. Sundaram berkata, empat pemilik kedai itu baru-baru ini mendapat surat daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menyatakan permohonan mereka ditolak kerana wujud campur tangan pihak ketiga.

Katanya, tindakan MPSJ turut mengarahkan empat peniaga itu supaya berpindah ke lokasi lain yang terletak di Bukit Serdang adalah tidak munasabah memandangkan keluasan tapak perniagaan di kawasan baharu itu adalah sangat kecil.

''Selama tiga tahun, para peniaga terbabit turun naik ke pejabat MPSJ untuk mendapatkan kebenaran penyambungan air dan elektrik, akhirnya permohonan mereka ditolak,'' katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan