Ahad, 15 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Penjajahan baru

Posted: 14 Apr 2012 05:43 PM PDT

MukaDepan

Negara asing salur dana kepada NGO bantu parti politik tertentu tumbangkan kerajaan

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar, memberi amaran mengenai bahaya ancaman penjajahan bentuk baru yang menggunakan taktik lebih halus melalui penyaluran dana asing untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya di negara ini.

Beliau yang juga ahli sains politik berkata, ancaman penjajahan tidak pernah tamat berikutan matlamat pihak tertentu untuk menguasai dunia serta negara lain supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. Katanya, sejarah membuktikan gejala berkenaan pernah melanda negara tertentu seperti di Amerika Latin, justeru semua pihak terutama rakyat, harus sentiasa berwaspada kerana ada kemungkinan ia juga sedang berlaku di Malaysia.

Beliau mengingatkan, pihak asing yang ingin mempengaruhi keputusan pilihan raya negara lain tidak semestinya menyalurkan dana secara langsung kepada parti politik, tetapi mungkin berbuat sedemikian melalui badan bukan kerajaan (NGO) tertentu bertopengkan perjuangan seperti atas nama demokrasi dan hak asasi manusia.

Dapatkan naskhah Berita Minggu hari ini untuk berita lanjut

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

gen Y

maksud dr.chandra ni mcm LBGT la yg memperjuangkan seksualiti merdeka...perancangan halus dari gerakan yg ditaja luar...

khairul

tiada bukti x semestinya fakta ini x benar dan tindakan berhati-hati perlu diambil,jgnlah keamanan negara tergadai berpunca drpd dana yg sdkt ini jika dibandingkan dgn hrga sebuah keamanan n kemakmuran,hrp pihak JUST dpt berusaha membuktikannya dan menghentikan semua ini,kami sbgi rakyat msia x sgup tgal di negara yg telah dijajah sprti libya,amerika latin dan sebagainya

Roney Hai

Mengapa pihak berkuasa terlalu budiman sangat terhadap pemimpin yang cuba menjadi petualang negara???? kalau tak ada bukti carilah bukti...
kami sebagai rakyat biasa pun naik meluat dah dengan pemimpin seperti itu.
Jangan nanti negara dah dijajah baru nak bertindak.... harga untuk baiki negara yang rosak jauh lebih mahal dari mencegah dari rosak. berpada-padalah kalau nak berbuat baik.


Nikah lepas sedar koma

Posted: 14 Apr 2012 04:13 PM PDT

MukaDepan

IZMAN memakaikan rantai kepada Murni selepas upacara pernikahan mereka di Hospital Melaka, semalam.

IZMAN memakaikan rantai kepada Murni selepas upacara pernikahan mereka di Hospital Melaka, semalam.

MELAKA TENGAH: Seorang lelaki yang sedar dari koma enam hari lalu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya di Hospital Melaka di sini, semalam.

Izman Mohamad, 35, yang masih dirawat kerana patah tulang selangka kiri dan hidung dinikahkan dengan Murni Osman, 33, oleh Imam Masjid Fathurrahman, Pengkalan Rama, Yunos Bidin kira-kira jam 10 pagi di Bilik Seminar, Wad Ortopedik hospital itu.

Walaupun kelihatan masih lemah, Izman yang lengkap berpakaian baju Melayu jingga muda berjaya menyempurnakan akad nikah dengan dua kali lafaz sambil disaksikan keluarga terdekat, rakan pasangan berkenaan selain kakitangan hospital merawatnya. Murni yang berasal dari Durian Daun Dalam berkata, beliau bersyukur kerana segala perancangan selepas pertunangan mereka Julai lalu untuk majlis akad nikah ini berjalan lancar walaupun ia terpaksa diadakan di hospital.

"Pada mulanya kami ingin menundanya memandangkan suami masih kurang sihat, tetapi apabila memikirkan semua persiapan sudah diatur, termasuk majlis kenduri dan persandingan pada hari ini (semalam), kami teruskan seperti yang dirancang.

"Kami berdua gembira kerana semuanya sudah selamat dan terima kasih kepada pihak hospital yang membenarkan majlis ini diada-kan di sini," katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah pasangan itu di sini, semalam.

Izman terbabit dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang dilanggar kereta di Jalan Hang Tuah jam 1 pagi, 6 April lalu.
"Suami kemalangan ketika mahu pulang ke rumahnya di Tengkera. Memang terkejut menerima berita kemalangan itu, apatah apabila mengetahui beliau tidak sedarkan diri sejurus kemalangan terbabit.

"Alhamdulillah, keadaannya semakin pulih dan sudah boleh bercakap walaupun masih lemah. Saya berharap suami akan cepat sembuh seperti sedia kala selepas ini," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Intan anita

Tahniah pd kak Murni & suami,semoga berbahagia hingga akhir hayat..drpd PU3 Bachang Darat..

cimie

Hospital dan K/Tangan yang Mesra Rakyat.Tahniah

pak romeo

terharu n uniknya prnikahan mreka
apa2 pn smoga kekal ke akhir hayat
slmat brbhagia kpd psangan tsbt

kesumadewi

selamat pengantin baru,,,allah telah menjanjikan jodoh anda berdua Amin

Ahmad Fadli

Alhamdulillah.. Itu lh di katekn jdoh

Sabrina

Alhamdulillah..selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke akhir hayat utk pasangan Izman&Murni..

nancydolly

syukur tuhan masih sygkan kamu..dia memberi peluang ke2 tuk kamu...semoga cepat sembuh dan semoga kekal hingga ke akhir hayat..amin amin

tawau boy

jodoh d tngan tuhan, slmt pengantin baru kpd kedua mempelai smoga brbahagia n terima kasih pd semua pihak hsptl brtimbang rasa

syed al yahya

tahniah pihak hospital melaka.

hazim

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Sammy

Alhamdulillah...tahniah pada pasangan pengantin ni...

cykien mock

tahniah kepada pasangan pengatin ini kerana dapat melagsungkn pernikahan mereka.

hasimah

Tahniah kepada pasangan pengantin ini..

Mabaloh

Klu sdh jodoh memang tak ke mana. Tabik dgn pihak Hospital Melaka..syabas..

kalan

Tahniah! Selamat Pengantin Baru! Semoga berbahagia dunia & akhirat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan