Sabtu, 14 April 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Gangguan air pulih hari ini

Posted:

Gangguan air pulih hari ini

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 April - Gangguan bekalan air yang berlaku di enam kawasan di ibu negara dan Selangor sejak semalam dijangka pulih sepenuhnya esok.

Pengarah Eksekutif Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, jumlah kawasan yang terlibat sudah berkurangan hari ini selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dipulihkan pada pukul 6 petang ini.

"Pemulihan ini berlaku secara berperingkat kerana alat yang rosak itu perlu mengambil masa beberapa jam sebelum kembali beroperasi.

"Syabas yakin dengan siapnya kerja baik pulih ini, jumlah pengeluaran LRA SSP2 akan dapat ditingkatkan antara 70 dan 80 peratus sekali gus mengurangkan jumlah kawasan yang terlibat dengan gangguan itu," katanya kepada pemberita di Taman Sri Sinar, Segambut, dekat sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Karnival Hari Shapadu 2012 meriah

Posted:

Karnival Hari Shapadu 2012 meriah


KAKITANGAN Shapadu yang menyertai pertandingan lari dalam guni sempena Karnival Hari Shapadu 2012 di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 14 April - Karnival Hari Shapadu 2012 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini dan esok dijangka dibanjiri oleh 15,000 pengunjung.

Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Shapadu (KSRS), Azman Hassan berkata, pihaknya berharap cuaca yang baik pada hari ini terus berkekalan hingga esok bagi membolehkan lebih ramai pengunjung hadir ke tapak karnival tersebut.

Beliau berkata, acara hari ini dimulakan dengan program sukan rakyat yang disertai oleh 600 kakitangan Kumpulan Shapadu bersama ahli keluarga mereka.

"Suasana Dataran Kemerdekaan tersebut meriah apabila anak-anak kakitangan Kumpulan Shapadu turut menyertai acara sukan rakyat seperti meniup duit di dalam tepung dan galah panjang.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Pesara, kakitangan awam antara yang ditahan

Posted:

Pesara, kakitangan awam antara yang ditahan

KUALA LUMPUR 14 April - Seorang kakitangan awam dan pesara adalah antara 60 yang ditahan dalam Ops Maisir iaitu operasi besar-besaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membendung kegiatan judi di kalangan umat Islam.

Ketua Penguatkuasa Agama Islam, Pejabat Agama Islam daerah Hulu Langat, Norhisham Mohd. Idris berkata, semua mereka ditahan selepas membeli tiket nombor ekor di premis nombor ramalan sekitar pekan Semenyih dan Kajang.

Katanya, mereka terdiri daripada lelaki berusia antara 19 hingga lewat 50-an kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 iaitu berjudi.

"Operasi kali ini adalah inisiatif JAIS untuk memerangi gejala judi di kalangan umat Islam secara besar-besaran dan Hulu Langat merupakan daerah pertama sebelum operasi ini diteruskan ke daerah-daerah lain di seluruh Selangor.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan