Sabtu, 14 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Sekat dana politik asing

Posted: 13 Apr 2012 03:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kemasukan dana asing bagi membiayai parti politik akan disekat bagi menyelamatkan negara daripada cubaan pihak luar yang mahu mengambil kesempatan mempengaruhi dan mencampuri urusan pentadbiran negara.

Berikutan itu, kerajaan kini dalam proses merangka mekanisme khusus bagi memastikan matlamat mewujudkan negara maju yang bebas daripada politik wang hasil sumber luaran, termasuk memberikan kuasa kepada Bank Negara Malaysia (BNM) mengesan kegiatan itu.

Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata langkah itu bertujuan memastikan tiada pembabitan pihak luar dalam politik dalaman negara.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

suhaimi

Saya sokong tindakan ini di ambil supaya org luar tdk mengambil kesempatan mencampuri urusan negara kita,saya syak segala dana utk dia org buat perhimpunan haram dtg dr pihak luar

radin

Usaha terdesak pemimpin2 pem bang kong yang bang ngang. Penerimaan pembiayaan dana asing samaerti menjual negara kepada kuasa asing.

poknik

Dana, kemudahan ekonomi dan segala yang diberi tentunya berkait dengan politik, sosial negara yang terdiri dari lelaki dan perempuan menerajuinya. Oleh itu, saranan apa yang lebih sesuai selain dari petunjuk nabi Muhammad SAW.

poknik

Salam sejahtera semua, politik tentunya berkait dengan agama dan sekular, pengaruh harta dan kuasa tentunya mengubah negara seluruhnya dari lelaki dan perempuan, itulah saja normal kehidupan .

Azliemawan shah

Teruskan Demi keamanan rakyat malaysia

sepatutnya dari dulu lg dah buat . . . .

Yangretibase

Demi keadilan, parti politik yang miskin wajib dibantu.

SOFIAN

menggunakan dana asing adalah menjual malaysia kepada pihak luar ini amat merbahaya harus dibenteras habis2an.ini pihak yg berkepenting mabuk kuasa sanggup mengadai negara kepada pihak luar

Roney Hai

Inilah parti politik yang tidak yakin kepada kemampuan diri sendiri, tidak berintergriti, dan paling low class. Tidak ada harga diri... jangan undi parti yang seperti ini untuk PR ke 13

1.5 juta alami gangguan bekalan air

Posted: 13 Apr 2012 03:39 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.5 juta pengguna air di Lembah Klang dan Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, bermula petang semalam, berikutan kerosakan di Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Kawasan terbabit adalah Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Wilayah Petaling dan Sabak Bernam.

Gangguan itu disebabkan alat ubah 33/6.6 kV di loji itu yang membekalkan tenaga elektrik ke rumah pam air mentah LPA terbakar dan mengalami kerosakan jam 11.35 pagi semalam, menyebabkan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) selaku operator LPA SSP2 terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat. Berikutan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Datuk Ruslan Hassan, berkata pihaknya sudah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah di enam wilayah berkenaan mulai jam 4 petang semalam.

Katanya, LPA SSP2 membekalkan air bersih sejumlah 950 Juta Liter Sehari (JLH) kepada kira-kira 300,000 akaun pengguna dan berikutan kerosakan itu, PNSB memaklumkan jumlah pengeluaran air terawat di LPA itu dikurangkan sehingga 320 JLH.

"Dijangka gangguan bekalan air tidak berjadual bakal berlaku di kawasan itu jika pengurangan pengeluaran LPA berpanjangan.

"Pada masa ini, PNSB selaku operator LPA SSP2 belum dapat memastikan bila loji ini akan dapat beroperasi semula sepenuhnya.
"Bagaimanapun, SYABAS membuat pemantauan berterusan dari semasa ke semasa dan memaklumkan kepada orang ramai berhubung perkembangan terkini," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Ruslan berkata, SYABAS menyediakan 34 lori tangki dan 194 tangki statik dalam keadaan tunggu sedia untuk dihantar ke kawasan kritikal.

Katanya, jika gangguan bekalan air itu berterusan melebihi 8 jam, SYABAS akan memaklumkannya kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor supaya bersiap sedia untuk tindakan kecemasan.

Pengguna di kawasan terbabit dinasihat menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh itu.

Sebarang pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 24 jam di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL(jarak)aduan/pertanyaan dan hantar ke 39222.

Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

Sementara itu, PNSB dalam kenyataan berasingan, menyebut jumlah kapasiti air bersih dapat ditingkatkan kepada 750 JLH dalam tempoh empat hari sehingga Selasa depan dan usaha akan terus dibuat untuk mencapai tahap pengeluaran biasa.

"Pihak LPA SSP2 sedang berusaha menjalankan kerja baik pulih untuk mengawal keadaan supaya tidak menjejaskan operasi harian dan mengurangkan bebanan kepada pengguna air," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan