Jumaat, 13 April 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


MPSJ, pemaju gagal tunai janji

Posted:

MPSJ, pemaju gagal tunai janji

Oleh Normairah Jamaluddin
kota@utusan.com.my


Sebahagian tembok sebuah rumah di Bandar Puteri 9, Puchong yang terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja membaiki tembok penahan yang retak.


PUCHONG 13 April - Penduduk Bandar Puteri 9, berang dengan kegagalan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan pemaju IOI Properties Bhd. menunaikan janji untuk membaiki struktur tembok penahan dan jalan raya di kawasan itu yang mula runtuh serta merekah pada pertengahan bulan ini.

Penduduk mendakwa, tindakan MPSJ dan pemaju yang bersikap sambil lewa dalam masalah yang timbul sejak Mei tahun lalu itu menyebabkan penduduk bimbang rumah mereka akan menjadi mangsa tanah runtuh yang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ia berikutan aliran air dilihat semakin deras melalui celah tanah dan rekahan manakala hujan yang turun hampir setiap hari mendorong kepada berlakunya tanah runtuh.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

13 surau solat Jumaat di Parlimen Setiawangsa

Posted:

13 surau solat Jumaat di Parlimen Setiawangsa


Zulhasnan Rafique (kiri) menandatangani plak perasmian Surau At-Taqwa yang telah dinaikkan taraf kepada surau Jumaat pada majlis di PPR Kampung Baru Air Panas di Setapak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 13 April - Sebanyak tujuh buah surau di kawasan Parlimen Setiawangsa telah diberi status surau Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Ini menjadikan sebanyak 13 buah rumah ibadat orang Islam boleh digunakan untuk solat Jumaat di kawasan itu, termasuk enam buah masjid. Selain itu, terdapat 41 buah surau biasa di kawasan Parlimen Setiawangsa.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, dengan itu terdapat 54 buah rumah ibadat orang Islam yang berdaftar dengan Jawi di kawasan itu.

"Setiap surau dan masjid yang dibina menunjukkan syiar Islam sentiasa ditingkatkan dan ia juga sebagai kemudahan kepada orang ramai untuk beribadat dengan selesa," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

LRA Sg. Selangor Fasa 2 rosak: 6 wilayah Syabas alami gangguan bekalan air

Posted:

LRA Sg. Selangor Fasa 2 rosak: 6 wilayah Syabas alami gangguan bekalan air

KUALA LUMPUR 13 April - Enam wilayah iaitu Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Selangor dan Sabak Bernam mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini melibatkan kira-kira 300,000 akaun pengguna apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 terpaksa mengurangkan jumlah pengeluaran air terawat.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan berkata, sehubungan itu, pihaknya telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah wilayah berkenaan pada pukul 4 petang ini.

"Operator loji iaitu Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat ekoran kejadian kerosakan pada alat boleh ubah yang membekalkan tenaga elektrik ke LRA tersebut.

"LRA SSP2 ini membekalkan air bersih sejumlah 950 juta liter sehari (JLH) kepada kira-kira 300,000 akaun pengguna.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan