Jumaat, 13 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


KL, London kembali erat

Posted: 12 Apr 2012 04:02 PM PDT

MukaDepan

NAJIB dan Cameron meninjau sekitar kampus Universiti Nottingham Malaysia, di Semenyih semalam, sebelum dialog Gerakan Kesederhanaan Global.

NAJIB dan Cameron meninjau sekitar kampus Universiti Nottingham Malaysia, di Semenyih semalam, sebelum dialog Gerakan Kesederhanaan Global.

Hubungan terabai 20 tahun sudah berlalu: PM Britain

PUTRAJAYA: Persahabatan Malaysia-Britain memasuki era baru apabila Perdana Menteri,David Cameron, semalam memberi jaminan London akan membetulkan hubungan kedua-dua negara yang terabai selama hampir 20 tahun.

Cameron memberi jaminan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana sempena lawatan rasmi pertamanya ke negara ini sejak mengambil alih kepemimpinan negara itu pada 2010. Kali terakhir Perdana Menteri Britain mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia adalah pada 1993 oleh Sir John Major. Dalam sidang media bersama Najib, Cameron mengakui lawatan rasmi Najib ke Britain tahun lalu berjaya menghidupkan dan menyuburkan semula hubungan kedua-dua negara dan London kini bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan Malaysia dalam pelbagai bidang.

"Kita berbincang mengenai perkara ini ketika lawatannya tahun lalu dan hari ini kita meneruskannya dan ia menjadi permulaan kepada hubungan dua hala untuk kembali akrab, Ini adalah lawatan rasmi Perdana Menteri Britain selepas hampir 20 tahun. Tempoh ini dianggap terabai dan saya mahu membetulkannya.

"Mesej saya hari ini mudah, tempoh yang dianggap terabai sudah berlalu, kini Britain sudah bersedia menjalinkan perniagaan dengan Malaysia dan menjadi rakan dalam pelbagai isu penting pada peringkat antarabangsa," katanya.

Najib pula berkata, Malaysia dan Britain bersetuju untuk mengukuh dan menggandakan jumlah perdagangan dua hala kepada £8 bilion (RM39 bilion), menjelang 2016.
"Secara khususnya bagi hubungan ekonomi dan perniagaan, kami bersetuju ada peluang untuk mengukuh dan meningkatkan perdagangan dua hala.

Peluang mengukuhkan hubungan dua hala sangat besar. Kedua-dua Menteri Ekonomi bersetuju kita perlu berusaha menggandakan perdagangan pada 2016. Walaupun sasarannya tinggi, kita akan cuba merealisasikannya," katanya.

Terdahulu, Cameron yang dalam rangka lawatan dua hari ke negara ini, diberikan sambutan rasmi sebelum menghadiri mesyuarat dua hala kedua-dua negara. Pada 2011, Britain adalah rakan dagangan keempat terbesar bagi Malaysia di kalangan negara Kesatuan Eropah dengan jumlah dagangan kira-kira RM9 bilion.

Najib juga berharap London membuka lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan pendidikan di Britain yang dapat memberikan keuntungan kepada kedua-dua negara.

"Ada banyak institusi pendidikan Britain yang mula menapak di Malaysia termasuk Universiti Newcastle, Southampton dan Reading. Ada kira-kira 54,000 rakyat Malaysia yang mahu mendapatkan pendidikan di Britain... jika kita dapat membuka lebih banyak tempat untuk mereka mendapatkan pendidikan British, ia pasti menguntungkan kedua-dua negara," katanya.

Beliau turut menyampaikan pendirian Malaysia berhubung isu Myanmar yang selari dengan ASEAN yang mahu supaya sekatan yang dikenakan terhadap negara itu sejak lima dekad lalu, dikaji semula dan ditarik balik susulan proses pemulihan demokrasi serta perdamaian yang memberangsangkan di negara itu sekarang.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

nik ariff raja yusoff

Saya sangat merasa gembira dengan keputusan David Cameron, Perdana Menteri Britain melebarkan tangannya untuk membuka ruang persahabatan dengan Malaysia pada masadepan.Hubungan yang renggang selama hampir 20 tahun dapat diperbaiki dengan pengisian kerjasama yang bukan hanya terbatas dalam bidang ekonomi tetapi pelbagai bidang lain demi kepentingan bersama.Malaysia sebagai sebuah bekas tanah jajahan Britain tidak seharusnya mengambil pendekatan sinis dalam pandangannya terhadap Bitain yang berabad lama menjajahnya.Banyak perkara yang sekian lama telah difahami bersama untuk dijalinkan kerjasama yang akan akhirnya memberikan impak positif kepada kedua negara.
2. Sebagai rakyat Malaysia,saya sangat gembira mendengar berita ini."Look East" (Dasar Pandang ke timur) janganlah dimaknakan dengan "Anti West".Kalau kita menjalinkan kerjasama baik dengan China,maka hubungan dengan barat,contohnya Britain mempunyai signifikan yang serupa malah mungkin dalam makna dan faedah yang berbeda.Malaysia sangat perlu mengadakan suasana "Check and Balance"dalam rangka perhubungan antarabangsanya untuk kepentingan survival.
3. Terima kasih dan tahniah kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abd Razak yang mengambil pendekatan holistik yang bijak dalam memahami suasana sekarang dan masadepan Malaysia dalam merangka perhubungan baru dengan negara-negara dekat dan jauh untuk kepentingan jangka panjang Malaysia negara yang perlu kita selamatkan ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan