Rabu, 11 April 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Ramai yang jadi mangsa

Posted:

Ramai yang jadi mangsa

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusan.com.my


FLAT Seri Pulau Pinang di Cheras, Kuala Lumpur sememangnya bersih dan kemas, namun siapa menyangka terdapat jeriji longkang yang menjadi 'jerangkap samar' di situ. – UTUSAN/Hafiz Johari


KUALA LUMPUR 11 April – Dua bulan lalu, seorang penduduk retak tapak kakinya akibat terjatuh dan terperosok ke dalam longkang.

Sebelum itu seorang anak jiran lelaki itu turut mengalami kejadian serupa. Walaupun tidak cedera teruk, tetapi memerlukan bantuan jiran-jirannya untuk keluar dari longkang.

Dua kejadian itu adalah antara beberapa kejadian lagi yang pernah berlaku ke atas sebahagian penduduk rumah pangsa Seri Pulau Pinang di Cheras.

Semuanya berpunca daripada jeriji penutup longkang yang rosak dan kini umpama 'jerangkap samar' kepada mereka yang tidak bernasib baik di perumahan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia di situ mendapati hampir keseluruhan jeriji di Blok 13,14, 15 dan 16 flat itu mengalami kerosakan dan dilihat membahayakan penduduk di situ.

Pemerhatian mendapati batang jeriji besi itu sangat lembut dan mudah patah atau tertanggal daripada sambungan paterinya.

Jenis material yang digunakan juga dilihat rapuh dan mudah berkarat.

Penduduk mendakwa, anak-anak mereka telah beberapa kali terjatuh ke dalam longkang tersebut dek kerana jeriji longkang yang rosak itu.

Kecederaan yang dialami oleh anak-anak mereka juga serius sehingga terpaksa dihantar ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Malah, penduduk mendakwa salah seorang jiran mereka yang pernah terjatuh ke dalam longkang mengalami kecederaan di bahagian buku lali sehingga terpaksa menerima 10 jahitan.

Bukan penduduk di flat berkenaan tidak pernah mengajukan masalah itu kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tetapi ia umpama mencurah air ke daun keladi.

Penduduk mendakwa, masalah tersebut telah berlanjutan selama beberapa tahun dan sehingga kini ia masih tidak dibaiki oleh DBKL.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Rayu DBKL tukar segera

Posted:

Rayu DBKL tukar segera

KUALA LUMPUR 11 April – Penduduk yang tinggal di flat Seri Pulau Pinang Blok 13,14,15 dan 16 meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar segera menggantikan jeriji longkang di perumahan itu dengan yang baru dan lebih berkualiti.

Penduduk bimbang akan lebih ramai menjadi mangsa dan kejadian lebih buruk berlaku jika peralatan itu tidak ditukar sehingga menyebabkan orang terjatuh ke dalam longkang dan mengalami kecederaan.

Seorang penduduk di Blok 13 flat berkenaan, Suriani Salleh, 37, berkata, jeriji yang tidak berkualiti dan mudah patah itu telah beberapa kali menyebabkan penduduk terutamanya kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang.

"Malah, dua bulan lalu seorang penduduk di sini terjatuh ke dalam longkang yang menyebabkan tapak kakinya retak.

"Penduduk tak nampak jeriji longkang telah rosak, tapi jika dipegang kita boleh tahu yang ia lembut dan mudah patah," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Usaha tangani masalah jenayah

Posted:

Usaha tangani masalah jenayah

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 April – Penduduk perumahan bertingkat digalakkan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang berada di bawah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kediaman mereka dalam usaha menangani masalah jenayah di kawasan mereka.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penubuhan SRS ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk di sesebuah perumahan itu.

Katanya, apabila adanya SRS ini, gejala sosial dan masalah jenayah dapat dibendung kerana pihak yang tidak bertanggungjawab akan berasa takut untuk melakukan kegiatan di kawasan yang mempunyai pihak yang menjaganya iaitu SRS.

"Penubuhan SRS di perumahan bertingkat juga dapat mengeratkan perhubungan dalam kalangan penduduk yang kebanyakannya datang dari pelbagai kawasan khususnya melibatkan pemindahan setinggan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan