Rabu, 11 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Aidil mohon cerai Rita Rudaini

Posted:

Aidil mohon cerai Rita Rudaini

Aidil mohon cerai Rita Rudaini

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my

RITA RUDAINI dan Aidil Zafuan ketika saat bahagia sebagai pasangan suami isteri.


SEREMBAN – Pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak mengesahkan bahawa dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya yang juga aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar.

Aidil Zafuan, 25, berkata, permohonan itu difailkan oleh peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor kelmarin.

Katanya, dia tidak mahu berselindung mengenai perkara itu dan mengakui telah memfailkan tuntutan permohonan bercerai di mahkamah.

"Saya menyerahkan segala urusan tersebut (permohonan perceraian) kepada peguam dan saya sedang menanti perkembangannya di mahkamah.

"Saya juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung tindakan ini kerana tidak mahu memburukkan isteri saya dan tidak mahu masalah kami menjadi kontroversi umum," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas mengenai dakwaan Rita Rudaini, 36, bahawa dia mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya hasil perkahwinan mereka, Aidil Zafuan berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Gempa turut gegar Semenanjung

Posted:

Gempa turut gegar Semenanjung

Gempa turut gegar Semenanjung

Oleh WARTAWAN KOSMO!
berita@kosmo.com.my


ORANG ramai keluar dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), George Town.


KUALA LUMPUR – Dua gegaran dalam tempoh hampir dua jam yang berpunca daripada gempa bumi kuat berukuran 8.6 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia semalam mencetuskan suasana panik di kalangan penduduk di beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.

Gegaran pertama berlaku kira-kira pukul 4.50 petang dan disusuli pada pukul 6.45 petang itu menyebabkan penghuni di kediaman tinggi dan berhampiran pantai di negara ini meninggalkan rumah masing-masing.

Antara negeri yang merasai gegaran tersebut ialah Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Di pulau pinang, perkhidmatan feri yang menghubungkan Butterworth dan Goerge Town telah dihentikan pada pukul 8.30 malam berikutan gegaran kedua pada 6.45 petang tetapi disambung semula 45 minit kemudian setelah amaran tsunami ditarik balik.

Bagaimanapun, Jambatan Pulau Pinang dibuka seperti biasa.

Seorang penduduk flat Bukit Gedung, Siti Nur Zuriani Zaini, 25, memberitahu, orang-ramai lari lintang-pukang sebaik menyedari gegaran berlaku.

"Bayangkan bunyi gegaran itu sangat luar biasa seperti tanah sedang bergerak manakala pintu dan perabot rumah pula bergoncang," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ditabal dengan penuh istiadat

Posted:

Ditabal dengan penuh istiadat

Ditabal dengan penuh istiadat


TUANKU Abdul Halim mengucup Keris Panjang Diraja yang juga dikenali Keris Kerajaan pada pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara semalam.


KUALA LUMPUR - Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu di Istana Negara semalam.

Sebaik selesai kemuncak istiadat itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu 'Perang' bergema di Balairong Seri dan para hadirin berdiri serta melaungkan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali diketuai pemangku Datuk Maharaja Lela, Azwan Effendy Zairakithnaini.

Serentak itu juga, tembakan meriam 21 das dilepaskan dan lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia diketuai Lt. Sabri Abdullah.

Istiadat pertabalan yang berlangsung penuh warna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan