Rabu, 11 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Jamin tiada tangkapan politik

Posted: 10 Apr 2012 06:35 PM PDT

MukaDepan

Rang undang-undang ganti ISA: Akta baru bertujuan kawal keselamatan daripada ancaman pengganas, sabotaj dan pengintipan

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam membentangkan rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang memberi lebih perlindungan dan jaminan tiada seorang pun boleh ditangkap semata-mata atas fahaman dan kegiatan politiknya.

Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat itu bertujuan mengawal keselamatan dan ketenteraman awam daripada sebarang anasir pengganas, sabotaj dan pengintipan.

Mengenai tiada tangkapan atas dasar politik, rang undang-undang itu menjelaskan maksud pegangan politik atau kegiatan politik mestilah pembabitan dalam aktiviti yang sah mengikut undang-undang, pernyataan pendapat dan tindakan politik mengikut peraturan parti politik yang berdaftar serta pernyataan pendapat yang ditujukan kepada kerajaan dan pengambilan tindakan yang ditujukan kepada mana-mana kerajaan Persekutuan.

Berdasarkan rang undang-undang itu, empat kesalahan dikategorikan sebagai kesalahan keselamatan, iaitu menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong, memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta melakukan perubahan selain dengan cara yang sah.

Rang undang-undang yang mempunyai lapan bahagian itu mengandungi fasal berhubung kuasa khas bagi kesalahan keselamatan, tata cara khas peranti pengawasan elektronik, tatacara maklumat sensitif, perbicaraan, tatacara saksi yang dilindungi, keterangan dan pelbagai.

Mengenai tiada tangkapan atas dasar politik, rang undang-undang itu menjelaskan maksud pegangan politik atau kegiatan politik mestilah pembabitan dalam aktiviti yang sah mengikut undang-undang, pernyataan pendapat dan tindakan politik mengikut peraturan parti politik yang berdaftar serta pernyataan pendapat yang ditujukan kepada kerajaan dan pengambilan tindakan yang ditujukan kepada mana-mana kerajaan Persekutuan.

Selain dikehendaki dibicarakan di Mahkamah Tinggi, rang undang-undang itu memperuntukkan bahawa mereka yang disyaki melakukan kesalahan tidak boleh diikat jamin, kecuali yang berumur bawah 18 tahun, perempuan dan sakit atau uzur.
Bagaimanapun, tindakan melepaskan mereka tertakluk kepada permohonan oleh pendakwa raya supaya peranti pengawasan elektronik dipasangkan pada orang terbabit mengikut Kanun Acara Jenayah.

Ia juga memperuntukkan kuasa khas kepada pegawai polis untuk menahan orang yang dipercayai terbabit dalam kesalahan keselamatan tanpa waran, tetapi alasan penangkapan perlu dimaklumkan seberapa segera.

Undang-undang baru itu juga mencadangkan seseorang boleh ditahan selama 24 jam, tetapi penguasa polis atau lebih tinggi boleh melanjutkan tempoh tahanan selama 28 hari bagi maksud siasatan, berbanding tempoh 60 hari seperti yang diperuntukkan di bawah ISA.

Namun, jika pegawai polis berpendapat tahanan lanjut tidak diperlukan, mereka yang ditahan boleh dilepaskan tetapi suatu peranti pengawasan elektronik boleh dipasang tidak melebihi baki tempoh tahanan selepas mendapat perintah mahkamah. Selain itu, waris mereka yang ditahan perlu dimaklumkan segera dan tahanan dibenarkan segera untuk berunding dengan peguam.

Rang undang-undang itu juga memberi kebenaran kepada pendakwa raya membenarkan polis memintas sebarang komunikasi sama ada menerusi pos, mesej komunikasi dan mendengar perbualan komunikasi jika mengesyaki ada perlakuan kesalahan keselamatan.

Sementara itu, Nazri turut membentangkan empat lagi rang undang-undang berkaitan bagi meminda Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah, Akta Keterangan 1950 dan Rang Undang-Undang Laut Wilayah 2012.

Pada sidang akhbar selepas itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan bacaan kali kedua di Parlimen pada Isnin ini sebelum dibahaskan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

king haku

angin perubahan sudah bermula...hasil kerja yang bagus dari kerajaan barisan nasional.

roslan lan

jadi yang ditangkap di tawau baru2 tu bleh kena lepas ye??


Pelajar cemerlang dapat bantuan automatik

Posted: 10 Apr 2012 06:35 PM PDT

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Nor

Saya bersetuju dgn pendapat cicak tokek, bantuan sepatutnya diberikan kepada mereka menjalani pengajian di sekolah penuh milik kerajaan sahaja. Murid sekolah swasta dan separa kerajaan tidak layak menerima bantuan kerajaan kerana mereka semeang sudah mampu membayar pengajian sendiri dan juga tidak mendukung polisi kerajaan iaitu asimilasi satu Malaysia.

Ali Baba

Program Ijazah Luar Negara ini banyak pembaziran kepada negara. Ini adalah kerana ramai pelajar tidak pulang dan terus menetap dan bekerja luar negara. Setiap pelajar JPA/MARA yg ditaja mestilah kena balik Malaysia dan bekerja sekurang-kurangnya 10 tahun. 2 kawan saya tajaan MARA tidak balik, satu terus menetap di Australia. Satu lagi Doktor balik Malaysia sekejap kemudian kembali ke Australia utk bekerja. Sedangkan duit rakyat utk menaja Engineer RM500-600ribu & Doktor RM1.2 juta. Harap Kerajaan mengambil tindakan ke atas pelajar2 yg tidak pulang. Dua pelajar ini boleh memberi tajaan kepada 90 pelajar tempatan.

cicak tokek

Bantuan hendaklah diberikan kepada lepasan-lepasan sekolah kerajaan sahaja kerana sekolah swasta/persenderian dan sekolah bantuan modal lebih cenderung kepada satu etnik sahaja. Ini juga akan meyebabkan lebih ramai murid memilih sekolah kerajaan pada masa yang akan datang. Murid sekolahkerajaan MESTI di beri keistimewaan kerana merekalah yang telah menjalani proses asimilisasi masyarakat berbilang kaum.

Hamba Allah

Pastikan tawaran meliputi semua lapisan dan kategori masyarakat... Dicadangkan adakan kouta..pelajar bumi.. Non bumi... Pelajar miskin dsb... Akan berlaku jurang yg luas sekiranya tidak ditangani dengan baik... Statistik semasa menunjukkan jurang penerima biasiswa pelajar bumidan non bumi juga tinggi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan