Rabu, 11 April 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Tetapkan siling pelepasan cukai

Posted:

Tetapkan siling pelepasan cukai

Tetapkan siling pelepasan cukai

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 April - Kerajaan digesa menetapkan harga siling bagi jumlah pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat konglomerat yang menggunakan yayasan sebagai helah mengelak bayaran cukai pendapatan yang tinggi.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, Kementerian Kewangan perlu mengehadkan bayaran pelepasan cukai ke atas syarikat-syarikat korporat yang sesetengahnya mengaku menyumbang sejumlah besar wang kepada yayasan milik mereka untuk mengurangkan cukai.

"Saya cadangkan supaya harga siling itu ditetapkan pada tahap minimum, mungkin harga pelepasan yang diberikan tidak lebih daripada RM5 juta.

"Maksudnya jumlah pengecualian yang dikenakan kepada keseluruhan jumlah cukai pendapatan mereka tidak lebih daripada had tersebut," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Langkah itu, katanya, perlu dilakukan untuk mengelak kerugian daripada pengecualian cukai tersebut yang kononnya diperoleh setelah memberi sumbangan atau dana kepada yayasan mereka.

Namun, jelas beliau, ada yayasan-yayasan yang mengaku menerima jumlah dana yang besar itu tidak melaksanakan peranan sosial yang bertepatan dengan objektif penubuhannya.

"Kita tahu ada yang menggunakan duit daripada pelepasan cukai yang mereka dapat itu untuk kepentingan peribadi.

"Lebih menyedihkan apabila hanya 25 peratus sahaja daripada dana yang diperuntukkan kepada yayasan disalurkan untuk tujuan sebenar," katanya.

Sehubungan itu, Ibrahim mencadangkan supaya kerajaan menempatkan pegawai-pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai ahli lembaga pengarah di yayasan-yayasan yang menerima pengecualian cukai yang tinggi.

"Bagi setiap yayasan konglomerat, mungkin perlu ada dua pegawai LHDN yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah untuk memantau setiap perbelanjaan yayasan," katanya.

Usir Konrad Adenauer, bertindak atas IAIS - Zulkifli

Posted:

Usir Konrad Adenauer, bertindak atas IAIS - Zulkifli

Usir Konrad Adenauer, bertindak atas IAIS - Zulkifli

KUALA LUMPUR 10 April - Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas termasuk mengusir yayasan kebajikan, The Konrad Adenauer (Konrad) kerana badan itu terbukti menaja penerbitan beberapa buah buku yang bertentangan dengan akidah umat Islam.

Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) (gambar) berkata, tindakan tegas juga perlu diambil terhadap Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) iaitu sebuah badan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan kerana institusi tersebut cuba mempopularkan fahaman pluralisme di negara ini.

"Mengenai Konrad, semua pihak mengetahui bahawa badan ini pernah menaja penerbitan buku-buku Institut Kajian Dasar (IKD) yang jelas bertentangan dengan akidah umat Islam, antaranya perkahwinan campur serta Islam dan pluralisme.

"Oleh itu, saya minta kerajaan bertindak tegas dalam hal ini kerana fahaman pluralisme amat berbahaya memandangkan ia melibatkan soal akidah," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Zulkifli yakin tindakan Konrad menaja program parti Gerakan dan penerbitan sebuah buku Parlimen adalah bagi mengaburi aktiviti mereka.

Menyentuh mengenai dakwaan IAIS sebagai penggerak fahaman pluralisme, beliau berkata, antara buktinya badan itu akan menganjurkan satu syarahan umum yang bertajuk 'Kebebasan Beragama dan Pluralisme pada Abad Ke-20: Jawapan Islam' pada 10 Mei ini.

"Panelnya ialah Prof. Syed Hossein Nasr dari George Washington University, Amerika Syarikat yang kita tahu penyokong pluralisme," ujarnya.

Kementerian rangka pelan induk kesihatan untuk rakyat

Posted:

Kementerian rangka pelan induk kesihatan untuk rakyat

Kementerian rangka pelan induk kesihatan untuk rakyat


Rosnah Abdul Rashid Shirlin (kanan) mendukung kanak-kanak istimewa, Nurul Afida Batrisya Razi, 4, yang memiliki bulu lebat di bahagian muka dan badan dari Kampung Canggong, Bachok, ketika melawat Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan, semalam. Keunikan kanak-kanak tersebut menarik perhatian Pergerakan Puteri UMNO untuk melihat keadaannya setelah difahamkan Afida memerlukan pemantauan khas daripada pakar perubatan. - bernama


KOTA BHARU 10 April - Kementerian Kesihatan sedang merangka pelan induk sistem kesihatan yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Malaysia.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihak kementerian mempunyai kumpulan teknikal untuk mengkaji sistem kesihatan yang ada di negara-negara maju seperti Britain.

Beliau berkata, kumpulan itu hampir setiap minggu cuba mendapatkan maklum balas daripada orang ramai dan pemegang taruh dalam menyediakan pelan kesihatan yang diperlukan oleh rakyat negara ini.

"Kerajaan hendak memberikan kesejahteraan kepada rakyat daripada sistem kesihatan yang hendak dibangunkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2012 peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Nordiyanah Hassan.

Terdahulu dalam ucapannya, Rosnah berkata, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsan 2011 menunjukkan seramai 36.2 peratus warga emas berumur 60 hingga 64 tahun menghidap diabetis berbanding 17.6 peratus di kalangan mereka berusia 40 hingga 44 tahun.

Kajian itu juga, katanya, menunjukkan 55.7 peratus warga emas dalam usia tersebut mengalami hiperkolestrolemia berbanding 40.5 peratus di kalangan berusia 40 hingga 44 tahun.

"Trend penyakit hipertensi pula meningkat daripada 68.7 peratus bagi mereka berumur 60 hingga 64 tahun kepada 73.4 peratus bagi warga emas berumur 75 tahun ke atas berbanding hanya 35.8 peratus dalam kalangan berumur 40 hingga 44 tahun. Ini satu trend yang membimbangkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak kementerian menyasarkan menjelang 2015, seramai 75 peratus warga emas di negara ini telah mendaftar dan membuat pemeriksaan kesihatan di kira-kira 2,000 klinik kesihatan di seluruh negara.

Rosnah turut menarik perhatian kajian badan antarabangsa yang menyatakan Malaysia akan mengambil masa selama 23 tahun untuk mencapai tahap penuaan dengan warga emas meningkat dua kali ganda, berbanding Singapura selama 19 tahun dan Perancis 115 tahun.

Mengikut kajian tersebut, Malaysia pada 2030 menjadi negara tua dengan 15 peratus penduduknya adalah warga emas, berbanding 2.2 juta atau lapan peratus pada 2010 dan 3.4 juta atau 10 peratus pada 2020.

Dr. Lokman Hakim memberitahu, pihak kementerian bersedia menghadapi perkembangan tersebut melalui pelan tindakan dan kerjasama dengan pelbagai agensi terlibat, termasuk mewujudkan dasar kesihatan mengenai warga emas dan melatih lebih ramai pakar.

"Kita nak rakyat Malaysia sihat dan produktif. Bila rakyat sihat, produktif, ia akan menyumbang kepada pembangunan, kemajuan ekonomi negara," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan