Rabu, 11 April 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Bilik Operasi ditubuhkan di Jakarta, Medan

Posted: 11 Apr 2012 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah menubuhkan Bilik Operasi untuk menerima pertanyaan mengenai kejadian gempa bumi yang melanda Aceh petang tadi.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bilik Operasi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Tel: +6221-52904081/ +6221-5224947 sambungan 3023 atau Bilik Operasi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan Tel: +6261-4531342 / +6261-4536271. - BERNAMA




Amaran tsunami dibatalkan

Posted: 11 Apr 2012 06:48 AM PDT

LOS ANGELES: Ahli seismologi Amerika Syarikat membatalkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat di Aceh, Indonesia.

"Bacaan paras laut kini menunjukkan bahawa ancaman itu berkurangan bagi kebanyakan kawasan. Oleh itu, amaran tsunami yang dikeluarkan oleh pusat ini kini dibatalkan," kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik Amerika Syarikat berpangkalan di Hawaii. - AFP




Tiada ulasan:

Catat Ulasan