Isnin, 16 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Penjara setahun terhadap bekas imam kekal

Posted:

Penjara setahun terhadap bekas imam kekal

Penjara setahun terhadap bekas imam kekal

16/04/2012 10:28pm

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara setahun terhadap bekas imam Hoslan Husin, yang didapati bersalah menghina mahkamah dengan membaling kasut ke arah panel Hakim Mahkamah Persekutuan.

Panel lima hakim, yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara menolak permohonan Hoslan untuk mendapatkan semakan semula keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini, yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara satu tahun.

Hakim Malanjum berkata, permohonan Hoslan untuk mendapatkan semakan semula itu dibuat mengikut Peraturan 137, Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 yang menetapkan syarat daripada segi undang-undang bahawa Hoslan perlu melepasi batasan yang menunjukkan bahawa wujud isu ketidakadilan, sebelum semakan semula yang dipohonnya boleh diluluskan.

"Tetapi, batasan itu tidak dilepasi. Tidak wujud halangan daripada segi undang-undang yang dilanggari panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini," katanya ketika menolak hujah peguam Tommy Thomas yang mewakili Badan Peguam Malaysia bahawa panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang dibaling dengan kasut oleh Hoslan, bukan panel yang sepatutnya mendengar kes menghina mahkamah itu.

Empat hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong; Datuk Ahmad Maarop; Datuk Zainun Ali; dan Datuk Seri Sulong Matjeraie.

Hoslan memfailkan permohonan bagi semakan semula kehakiman atas hukuman penjara setahun yang dikenakan terhadapnya kerana menghina mahkamah dengan membaling kasut ke arah panel Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pada 22 Februari tahun ini selepas panel itu menolak permohonannya untuk mengemukakan rayuan dalam satu kes sivil. – BERNAMA

Rompak: Empat pura-pura bawa hamper ditahan

Posted:

Rompak: Empat pura-pura bawa hamper ditahan

Rompak: Empat pura-pura bawa hamper ditahan

16/04/2012 10:07pm

KOTA KINABALU – Polis menahan empat lelaki berhubung kes merompak dengan berpura-pura menghantar hamper di Austral Park, Kepayan, dekat sini bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) negeri, SAC Omar Mammah berkata, ketika ditahan pukul 5.50 pagi 13 April, seorang daripada suspek patah lengan, kaki dan pinggangnya terseliuh setelah melompat ke bawah dari atas rumah dua tingkat di Taman Sagindai, Kinarut.

"Tiga orang suspek itu diberkas di Kinarut manakala yang keempat, 16 jam kemudian di Kampung Pabilan, Keningau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Omar berkata, mangsa, seorang penjawat awam kehilangan barang-barang berharga berjumlah kira-kira RM30,000 apabila tiga lelaki melakukan rompakan pada siang hari di rumahnya pada 31 Mac.

Beliau berkata, pemilik rumah berkenaan tiada di rumah semasa kejadian pukul 11 pagi itu dan lelaki penjenayah tersebut hanya berdepan pembantu rumah mangsa.

Omar berkata pembantu rumah berkenaan membenarkan ketiga-tiga lelaki itu masuk berpura-pura menghantar hamper yang kemudian terperanjat apabila mereka mengeluarkan pisau dan parang daripada bakul tersebut.

Beliau percaya lapan orang lagi terlibat dan polis sedang mencari mereka untuk membantu menyiasat 11 lagi kes rompakan di Kota Kinabalu, Penampang dan Keningau. – BERNAMA

Penyelam selamatkan lelaki jatuh jambatan

Posted:

Penyelam selamatkan lelaki jatuh jambatan

Penyelam selamatkan lelaki jatuh jambatan

16/04/2012 10:05pm

GEORGETOWN – Gara-gara berhutang dengan along sebanyak RM30,000 akibat kalah dalam pertaruhan judi, seorang lelaki nekad terjun dari jambatan Pulau Pinang, lewat petang tadi.

Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila Ooi Aik Teong, 36, berjaya diselamatkan sepasukan polis gerakan marin dan skuad penyelam bomba yang tiba 30 minit selepas mendapat panggilan kecemasan pada pukul 6.34 petang.

"Polis menerima aduan daripada orang awam yang memancing di situ dan pasukan penyelam bomba menemui lelaki terbabit dalam keadaan terapung kira-kira 6.4km dari Georgetown," kata jurucakap polis marin ketika dihubungi di sini hari ini.

Aik Teong yang berasal dari Bukit Mertajam dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan