Ahad, 15 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Pembantu kedai kopi maut dilanggar 2 kenderaan

Posted:

Pembantu kedai kopi maut dilanggar 2 kenderaan

Pembantu kedai kopi maut dilanggar 2 kenderaan

15/04/2012 7:29pm

KUALA LUMPUR — Seorang pembantu kedai kopi maut selepas dilanggar sebuah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Kepong, berdekatan Pasar raya Fajar dekat sini hari ini, semasa cuba melintas jalan.

Goh Chin Chon, 45, yang berasal dari Taman Air Putih, Kuantan, Pahang maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, kata Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning.

Katanya, dalam kejadian pukul 1.15 petang itu, Goh yang bekerja di Singapura dilaporkan melintas jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal, menyebabkan mangsa tercampak ke tengah jalan dan dilanggar pula oleh sebuah kereta yang turut mengheret mangsa sejauh 50 meter.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat— BERNAMA

Penyelia balak maut tergelincir ke dalam sungai

Posted:

Penyelia balak maut tergelincir ke dalam sungai

Penyelia balak maut tergelincir ke dalam sungai

15/04/2012 6:26pm

KUALA TERENGGANU — Seorang penyelia balak Tasik Kenyir mati lemas setelah tergelincir di dalam Sungai Galong, Hulu Terengganu, dekat sini hari ini.

Mayat Wong Kim Hong, 43, ditemui tersangkut di dasar sungai itu oleh unit skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu Terengganu pada pukul 1 petang.

Pemangku Ketua Balai Kuala Berang, Mohd. Zazuli Badru berkata, bapa kepada dua anak berusia tujuh dan sembilan tahun itu yang berasal dari Wakaf Tapai, Marang, dilapor hilang pada pukul 6 petang semalam.

"Dia dikatakan tergelincir dan tenggelam ke dalam sungai ketika sedang mencuci pinggan di pelantar rumah kongsi di tebing sungai itu selepas makan bersama rakan sekerjanya.

Beliau berkata, rakan Wong yang ketika itu berada di dalam rumah hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan seorang pekerja balak yang ketika itu berada di seberang sungai dan melihat Wong terjatuh ke dalam sungai.

Mayat Wong dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya untuk urusan pengkebumian.— BERNAMA

Seni silat 24 jam tanpa henti cipta rekod

Posted:

Seni silat 24 jam tanpa henti cipta rekod

Seni silat 24 jam tanpa henti cipta rekod

15/04/2012 5:51pm

SERI ISKANDAR — Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri Perak Aman Jaya menempa nama dalam "Malaysia Book of Records (MBR)" bagi program Persembahan Seni Silat dan Gendang Silat Tanpa Henti Selama 24 Jam.

Program bermula pukul 9 pagi semalam disertai 400 belia pada perhimpunan tersebut dari lapan kumpulan gendang, 20 persatuan silat dan enam persatuan silat jemputan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Persembahan seni silat itu merupakan rekod baru dan berjaya mengatasi rekod yang dipegang oleh Persatuan Seni Lincah selama 10 jam pada Mei tahun leps.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menyampaikan sijil berkenaan kepada pertubuhan itu selepas persembahan berakhir pada pukul 9 pagi tadi.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan