Ahad, 15 April 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Salah masuk kedai

Posted: 14 Apr 2012 12:04 PM PDT

KAJANG: "Saya mahu pergi ke kedai sebelah, tapi tersalah masuk ke sini pula," kata seorang lelaki warga emas yang ditahan selepas didapati memasuki sebuah premis judi nombor ekor di sini, semalam.

Bagaimanapun, temberang lelaki berusia 51 tahun itu terbongkar apabila pemeriksaan lanjut menemui beberapa beberapa tiket pertaruhan judi nombor ekor yang baru dibelinya di premis terbabit.


Warga emas terbabit antara yang ditahan dalam 'Ops Maisir' bagi membanteras perjudian di kalangan umat Islam di sini.

Operasi selama dua jam disertai 143 pegawai dan penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat diketuai Ketua Penguatkuasanya, Norhisham Mohd Idris dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) itu dilakukan di sembilan lokasi berasingan sekitar daerah ini.


Norhisham berkata, pihaknya menahan 29 lelaki Islam berusia antara 19 hingga 55 tahun yang leka membeli nombor pertaruhan di premis perjudian berasingan.


"Cubaan beberapa lelaki melarikan diri gagal susulan tindakan pantas penguat kuasa mengepung sekitar premis dan secara keseluruhan tiada insiden tidak diingini berlaku.

"Seorang yang ditahan berstatus datuk dan pada usia sebegitu, dia sepatutnya memperbanyakkan amal ibadat, bukan berjudi," katanya.




Pencuri kereta gembira cuma 30 minit

Posted: 14 Apr 2012 12:03 PM PDT

MELAKA: Seorang penjenayah hanya sempat bergaya memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) berharga RM140,000 yang dicurinya selama 30 minit sebelum ditahan pasukan unit peronda polis di Jalan Taman Merdeka, Batu Berendam, dekat sini, kelmarin.

Malah, difahamkan, kenderaan Mitsubishi ASX 2.0 Mivec itu baru dibeli dan digunakan pemiliknya yang juga seorang pensyarah wanita di sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini selama lima hari.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, kenderaan yang diletakkan di pakir rumah menantu mangsa di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh disedari hilang selepas anak pemilik SUV itu terdengar bunyi enjin kenderaan dihidupkan jam 8.15 pagi.

"Menantu dan anak mangsa membuka pintu rumah sebelum mendapati kereta itu tiada. Pada masa sama, mereka mendapati kunci SUV yang disangkutkan di tempat letak kunci di dalam rumah juga tiada.


"Menantu mangsa kemudian membuat panggilan kepada 999 dan membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh sebelum polis melakukan hebahan dan pemantauan dijalankan unit kereta peronda Polis Daerah Melaka Tengah," katanya pada sidang medianya di sini, kelmarin.


Menurutnya, kenderaan itu dikesan di Jalan Taman Merdeka, Batu Berendam, jam 8.45 pagi oleh sebuah kereta peronda polis dari Balai Polis Batu Berendam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan