Jumaat, 13 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Dekati IPT sebagai usaha turun kadar jenayah

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SABAK BERNAM – Semua ketua polis negeri diminta menganjurkan program mendekati golongan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri masing-masing, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Pemuzik cedera dipukul lelaki dikenalinya

Posted:

Pemuzik cedera dipukul lelaki dikenalinya

Pemuzik cedera dipukul lelaki dikenalinya

13/04/2012 9:55pm

KUALA LUMPUR – Seorang pemuzik cedera di bahagian kepala dan muka selepas dipukul seorang lelaki dikenalinya di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, didatangi suspek ketika beliau dan dua rakan perempuannya baru memasuki kereta yang kemudian bertindak menariknya keluar dari kereta dan memukulnya.

"Ketika itu saya baru pulang dari kerja... sebaik ditarik keluar, saya ditumbuk bertalu-talu sehingga terjatuh sebelum kepala saya dipijak dengan kuat menyebabkan saya tidak sedarkan diri.

"Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala dengan kedua-dua belah tangan saya bagi mengelakkan kecederaan lebih parah," kata Mikael Adam, yang lebih dikenali dengan nama pentas SonaOne, kepada pemberita ketika ditemui di sebuah pusat perubatan swasta di sini hari ini.

Mikael Adam berkata, beliau dibawa ke pusat perubatan tersebut dalam keadaan tidak sedar oleh seorang rakannya yang dihubungi dua rakan perempuannya itu.

Beliau berkata, rakannya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Tun Razak tidak lama selepas insiden tersebut. – BERNAMA

Polis Terengganu tumpas kumpulan curi kabel

Posted:

Polis Terengganu tumpas kumpulan curi kabel

Polis Terengganu tumpas kumpulan curi kabel

13/04/2012 7:49pm

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu berjaya menumpaskan satu kumpulan curi kabel yang melibatkan kerugian hampir RM50,000 dengan tertangkapnya tiga lelaki termasuk seorang peniaga barangan lusuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata, hasil maklumat awam, serbuan pertama dilakukan pada kira-kira 3.30 pagi Selasa lalu dan seorang buruh binaan berusia 44 tahun berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Tok Dir dekat sini.

Katanya, pelbagai jenis kabel yang belum diasingkan serta longgokan kulit kabel yang dipercayai telah diproses ditemui di rumah itu.

"Kesemua kabel itu adalah milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia yang dipercayai dicuri dari sebuah stor penyimpanan di Chendering," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Manoharan berkata, hasil penahanan lelaki itu seterusnya membawa kepada tangkapan kedua membabitkan seorang lagi pencuri kabel yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek pertama.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan daripada kedua-dua lelaki itu, polis seterusnya berjaya menjejaki seorang peniaga barangan lusuh berusia 49 tahun di Kampung Paya Resak di sini kira-kira pukul 1 tengah hari, hari yang sama. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan