Khamis, 12 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Culik: 4 lelaki termasuk pegawai polis didakwa

Posted:

Culik: 4 lelaki termasuk pegawai polis didakwa

Culik: 4 lelaki termasuk pegawai polis didakwa

12/04/2012 7:13pm

PETALING JAYA — Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan tiga yang lain didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang anak ahli perniagaan bagi menuntut wang tebusan sebanyak RM1.5 juta bulan lepas.

Pegawai polis itu yang kini digantung tugas, R. Raja Kumar, 44, peniaga G. Thiagarajah, 37, M. Ramu, 35, dan K. Shashi, 26, kedua-duanya pengawal keselamatan, hanya mengangguk apabila pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh dan mahkamah menetapkan 16 Mei untuk sebutan kes.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang tinggal di Rawang didakwa menculik Tan Boon Hin, 34, pengurus projek di sebuah syarikat kejuruteraan, dengan mengurungnya di sebuah rumah di Lot 3, Jalan 6/3, Kawasan Perusahaan Seri Kembangan, Serdang dekat sini pada 10.20 pagi, 22 Mac lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.— BERNAMA

Usahawan muda perlu ambil peluang di Internet

Posted:

Usahawan muda perlu ambil peluang di Internet

Usahawan muda perlu ambil peluang di Internet

12/04/2012 7:01pm

KUALA LUMPUR — Usahawan muda harus memanfaatkan sepenuhnya alat komunikasi seperti Internet bagi memperluaskan pasaran, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata, adalah amat penting bagi mereka bukan sahaja mengekalkan kelangsungan perniagaan tetapi juga melaksanakan langkah menaik taraf untuk memastikan mereka berada di hadapan dalam dunia perniagaan.

"Mereka patut melihat peluang perniagaan pada peringkat global kerana kita kini hidup dalam dunia tanpa sempadan di mana setiap perkara bergerak seiring dengan kreativiti dan teknologi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Anugerah Usahawan Muda Kreatif Junior Chamber International (JCI CYEA) 2012, di sini hari ini.

Acara tahunan itu diperkenalkan pada 2005 bagi mengiktiraf usahawan muda yang kreatif dari seluruh dunia.

Tiga penerima akan dipilih setiap tahun bagi mewakili Malaysia pada peringkat antarabangsa dengan edisi tahun ini akan berlangsung di Taiwan pada November ini.

Salang berkata, beliau yakin JCI CYEA akan memperkasakan usahawan muda tempatan yang akan membawa impak positif kepada persekitaran ekonomi dan sosial negara, sekali gus membolehkan negara terus berkembang makmur.— BERNAMA

Langkawi destinasi 500 motosikal berkuasa tinggi

Posted:

Langkawi destinasi 500 motosikal berkuasa tinggi

Langkawi destinasi 500 motosikal berkuasa tinggi

12/04/2012 6:13pm

LANGKAWI — Sebanyak 500 buah motosikal berkuasa tinggi dari Thailand, Singapura dan Malaysia akan menyertai "Langkawi International Charity Ride 2012" di sini mulai 7 hingga 10 Jun ini.

Pengerusi Penganjur, Pishol Ishak berkata, tahun ini merupakan tahun kedua program seumpama itu diadakan untuk memperkenalkan Langkawi sebagai destinasi permotoran berkuasa tinggi.

"Selain melancong, penunggang motosikal terbabit menyertai program itu untuk mengutip derma bagi membantu golongan miskin," katanya pada sidang media mengenai program itu, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya bercadang mengadakan program itu secara tahunan dengan memilih bulan Jun sebagai tarikh penganjuran.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan