Rabu, 11 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Gempa bumi di Aceh: Pelajar Malaysia selamat

Posted:

Gempa bumi di Aceh: Pelajar Malaysia selamat

Gempa bumi di Aceh: Pelajar Malaysia selamat

11/04/2012 9:37pm

JAKARTA – Pelajar Malaysia di Aceh dan Padang dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 8.9 pada skala Richter, yang berlaku pukul 3.38 petang waktu tempatan, hari ini.

Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha 1 Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinada Misnun berkata, pelajar Malaysia di kedua-dua tempat menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi bagi mengelak bencana tsunami.

"Ketika dihubungi, mahasiswa Malaysia di Aceh sedang menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi bagi mengelakkan gelombang tsunami yang mungkin berlaku," katanya.

Mahasiswa Malaysia di Padang juga dinasihat menyelamatkan diri ke kawasan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman tsunami.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan harta benda akibat gempa bumi itu, bagaimanapun pihak berkuasa belum menarik balik amaran tsunami.

Pihak berkuasa percaya gempa tektonik itu serta gempa susulan 8.5 pada skala Richter, dipercayai berpotensi menyebabkan tsunami di lima provinsi iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung. – BERNAMA

Aceh dilanda gempa bumi 8.9 skala Richter

Posted:

Aceh dilanda gempa bumi 8.9 skala Richter

Aceh dilanda gempa bumi 8.9 skala Richter

11/04/2012 9:34pm

JAKARTA – Aceh hari ini telah digegarkan dengan gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter (SR) dengan gegaran berpusat di 364km ke barat daya daerah Simeulue menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk di kawasan pantai di beberapa provinsi di sekitarnya.

Gempa tektonik yang berlaku pada pukul 3.38 petang waktu tempatan itu serta gempa susulan 8.5 SR beberapa saat kemudian, dipercayai berpotensi menyebabkan tsunami di lima provinsi iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung.

Pusat gempa itu ialah pada kedalaman 10km di bawah permukaan laut.

Ketua Bidang Pelayanan Data dan Maklumat Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia Wilayah I Medan, Hendra Suwarta berkata, gempa bumi itu berlangsung selama 15 saat.

Belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan harta benda.

Pemantauan pihak berkuasa mendapati gegaran dirasakan oleh penduduk di hampir semua wilayah Aceh serta beberapa daerah lain di luar provinsi itu termasuk Mandailing Natal dan Tapanuli Tengah di provinsi Sumatera Utara. – BERNAMA

Ahli perniagaan rugi RM170,000 kereta dilarikan

Posted:

Ahli perniagaan rugi RM170,000 kereta dilarikan

Ahli perniagaan rugi RM170,000 kereta dilarikan

11/04/2012 7:06pm

KOTA KINABALU — Seorang ahli perniagaan kerugian hampir RM170,000 apabila kereta jenis Toyota Fortuner miliknya dilarikan dua lelaki ketika sedang mengambil wang di mesin ATM sebuah bank di Jalan Pantai di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, lelaki yang berusia 47 tahun itu meletakkan kereta bersama isterinya di belakang bangunan bank. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt. M. Chandra berkata, isteri mangsa yang berada di dalam kereta itu turut mengalami kecederaan ringan selepas bergelut dengan seorang daripada suspek.

"Kedua-dua suspek yang tidak bersenjata tiba-tiba muncul dan salah seorang terus membuka pintu kereta dan melarikan kereta itu," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan