Khamis, 12 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Pasar lengang kerana gempa Aceh

Posted:

Pasar lengang kerana gempa Aceh

Pasar lengang kerana gempa Aceh

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

GERAI-GERAI menjual ikan di pasar pagi Tandop Kubang Rotan, Alor Setar lengang ekoran kekurangan bekalan ikan semalam.


ALOR SETAR - Dua buah pasar pagi di jeti pendaratan ikan di Kuala Kedah di sini lengang apabila kebanyakan gerai tidak beroperasi selepas bekalan ikan pada pagi semalam berkurangan gara-gara amaran tsunami akibat gempa bumi kuat 8.6 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara petang kelmarin.

Gerai-gerai menjual ikan tidak beroperasi kerana nelayan tidak keluar ke laut selepas amaran tsunami dikeluarkan dan tinjauan Kosmo! mendapati, hanya lapan daripada 13 buah gerai di pasar pagi Seberang Kota beroperasi manakala hanya enam daripada 13 buah gerai dibuka di pasar pagi Tandop Kubang Rotan.

Rata-rata peniaga dan nelayan memberitahu, bekalan ikan berkurangan selepas kesemua nelayan di laut diarahkan pulang oleh pihak berkuasa termasuk Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) petang kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Suspek bunuh joki lumba kuda diberkas

Posted:

Suspek bunuh joki lumba kuda diberkas

Suspek bunuh joki lumba kuda diberkas

KUALA LUMPUR - Suspek yang disyaki membunuh joki lumba kuda, R. Ragesh, 37, diberkas polis dekat rumahnya di Pulau Tikus, Pulau Pinang pada pukul 11 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamed Zulkarnain Abd. Rahman (gambar) memberitahu, suspek merupakan individu terakhir dilihat bersama dengan mangsa sebelum ditemui mati dalam bilik hotel bertaraf lima bintang dekat Jalan Ampang tersebut.

"Selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pihak hotel, polis berjaya mengecam suspek dan menahan lelaki itu di rumahnya dekat Pulau Tikus malam semalam (kelmarin)," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PM Britain lawat Malaysia

Posted:

PM Britain lawat Malaysia

PM Britain lawat Malaysia


NAJIB bersalaman dengan Cameron selepas diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Britain, David Cameron diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini semalam, sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia.

Ketibaan Cameron disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kabinet.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Perdana Menteri Britain itu kemudian diperkenalkan kepada anggota kabinet, duta asing dan para pegawai kanan kerajaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan