Ahad, 15 April 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Makanan atas ‘badan’

Posted: 14 Apr 2012 09:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mereka berasal dari Timur Tengah dan memiliki wajah kacak dan bertubuh sasa serta bergaya. Malah, ada antaranya sudah berumah tangga, namun maruah mereka hanya RM600 kerana dengan bayaran sebanyak itu, apa saja boleh dilakukan terhadap mereka, termasuk melihat 'anu'.

Bayaran untuk menonton lelaki Arab bernafsu songsang itu jauh lebih mahal berbanding caj dikenakan terhadap lelaki tempatan yang hanya bernilai RM75 seperti di pusat istirahat dan urut yang menyediakan tukang urut lelaki.

Sekali imbas, tiada kesalahan boleh disabitkan terhadap pusat rawatan itu kerana ia menyediakan kemudahan urutan sesama jantina, namun yang membezakannya ialah perkhidmatan urutan secara bogel dan badan ke badan (B2B) sesama lelaki.

Mendedahkan perkara itu, seorang pegawai perhubungan awam syarikat swasta di ibu negara yang mahu dikenali sebagai Harry, 28, berkata, dia pernah menonton pakej itu ketika menghadiri majlis hari jadi eksklusif seorang kenalan di sini bersama rakannya, beberapa bulan lalu.


"Ketika itu kami menempah 10 lelaki dari Timur Tengah dan semuanya dibaringkan dalam satu bilik tanpa seurat benang dengan makanan diletakkan di atas badan mereka.


"Saya tak tahu bagaimana mereka berada dalam majlis kami ketika itu. Mereka tak banyak bercakap, tapi saya mendapat tahu mereka dibawa khas kerana ditempah dengan bayaran RM600 seorang.

"Tiada adegan terlarang berlaku sepanjang majlis itu kecuali adegan pegang-pegang kerana kebanyakan lelaki berkenaan mendakwa bukan pengamal seks songsang, sebaliknya hadir sebagai pelayan kerana dibayar untuk 'menghibur," katanya kepada Metro Ahad.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Berbalas tembakan

Posted: 14 Apr 2012 09:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan tiga lelaki tidak mengendahkan arahan supaya memberhentikan kenderaan, sebaliknya menunjuk lagak dengan melepaskan tembakan ke arah polis, membawa padah apabila mereka terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi selepas polis terserempak kereta dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, dekat sini, sebelum berakhir di bulatan Cheras, dekat Taman Bilion, dekat sini.


Bagaimanapun, kebijaksanaan anggota polis mengawal situasi ketika berlaku ketegangan harus dipuji kerana tiada kejadian tidak diingini berlaku, kecuali kemalangan kecil dalam cubaan penjenayah melarikan diri daripada ditangkap sejurus melepaskan tembakan ke arah polis.

Wartawan Metro Ahad yang kebetulan melalui kawasan itu mendapati kejadian mengakibatkan laluan dari Pandan Indah ke ibu negara melalui bulatan terbabit ditutup sementara siasatan dilakukan dan orang ramai di kawasan berhampiran seakan-akan tidak percaya dengan apa disaksikan.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian mengakibatkan tiga penjenayah terbunuh manakala dua kenderaan awam rosak akibat dilanggar kenderaan penjenayah.


"Dua daripada mereka terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi maut dalam perjalanan ke hospital," katanya.

Menurutnya, kejadian bermula selepas sepasukan anggota polis cuba memberhentikan kenderaan dinaiki suspek selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum ia memecut ke arah bulatan sambil melepaskan tembakan.


"Seorang suspek di tempat duduk penumpang depan melepaskan tembakan ke arah polis sebelum pasukan sama membalas tembakan dan akibatnya dua daripada mereka mati di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Metro Ahad difahamkan, ketiga-tiga lelaki berusia 24 hingga 40 tahun itu disyaki terbabit dalam kejadian samun kedai emas membabitkan kerugian lebih RM600,000 di Seksyen 18, Shah Alam, pada 6 April lalu.


Ku berkata, polis turut menemui sepucuk pistol jenis Glock, beberapa bilah parang, sejumlah syabu, barang kemas dan topeng dalam kenderaan dinaiki kumpulan lelaki berkenaan dan seorang daripada mereka didapati mempunyai rekod sejarah lampau berkaitan salah guna dadah dan samun.


"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kami meminta pemilik kenderaan yang terbabit dalam insiden itu membuat laporan polis bagi membantu siasatan," katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan