Ahad, 15 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Sindiket curi kabel tumpas

Posted:

Sindiket curi kabel tumpas

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 14 April – Polis menumpaskan sindiket curi kabel yang melibatkan kerugian hampir RM50,000 dengan tertangkapnya tiga suspek dalam tiga serbuan pada Selasa lalu.

Operasi yang dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bersama beberapa anggota dari Balai Polis Cendering berjaya menangkap suspek pertama, seorang lelaki berusia 44 tahun di sebuah rumah Kampung Tok Dir di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ketika ditahan, polis menemui beberapa potong kabel serta longgokan kulit kabel yang dipercayai telah diproses.

"Penahanan lelaki itu seterusnya membawa kepada tangkapan seorang lagi lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek pertama.

"Lelaki kedua itu ditangkap pada pukul 4.15 pagi hari yang sama di Kampung Tok Pong, Pengadang Buloh, Cendering," katanya di sini semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Karnival Profesor Turun Padang dekati masyarakat

Posted:

Karnival Profesor Turun Padang dekati masyarakat


Orang ramai menjawab soalan kuiz pada program Karnival Profesor Turun Padang di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 14 April - Majlis Profesor Negara (MPN) mendekati masyarakat di sini hari ini melalui program Karnival Profesor Turun Padang sempena Mesyuarat Penyelarasan 2012.

Kampung Gong Tok Nasek di pinggir bandar raya ini yang terkenal dengan kegiatan menenun songket, mencanting batik dan membuat wau dipilih sebagai kampung angkat MPN dan tapak lokasi karnival itu.

Karnival bertemakan Ilmu Teras Jalinan Masyarakat itu yang dijayakan dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula malam tadi.

Pengerusi MPN, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid berkata, karnival itu memberi kesempatan terbaik kepada masyarakat terutama golongan muda untuk mendalami apa jua bidang ilmu secara terus daripada seorang profesor.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Srikandi hanya isteri pertama

Posted:

Srikandi hanya isteri pertama


Ahmad Said menyampaikan sumbangan kepada wakil Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Parlimen Kuala Nerus, Toh Puan Sabariah Mohammad Yusof sambil disertai Norliza Mahmud pada Mesyuarat Agung Tahunan Srikandi di Dungun, Terengganu, semalam.


DUNGUN 14 April - Keahlian Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Srikandi) hanya untuk isteri pertama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) negeri ini.

Pengerusinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud berkata, syarat keahlian itu ditetapkan Srikandi dan ia selaras dengan amalan Badan Amal Kebajikan dan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) serta badan kebajikan seumpama itu di negeri-negeri lain.

Menurutnya, penjelasan itu perlu dibuat berikutan masih terdapat dalam kalangan wakil rakyat atau bekas wakil rakyat turut mempersoalkan perkara itu.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan