Sabtu, 14 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Tindakan keras hina raja Melayu

Posted:

Tindakan keras hina raja Melayu

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


Dr. Rahman Kadir


KOTA BHARU 13 April – Majlis Jaksa Pendamai Kelantan mahu pemimpin pembangkang yang didapati mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu dikenakan tindakan keras sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Timbalan Presidennya, Datuk Dr. Mohd. Kaisan Ab. Rahman berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia seperti mempersenda kedudukan raja-raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.

Selain itu, kata beliau, tindakan tersebut juga seolah-olah mempersendakan ketuanan Melayu yang mendukung institusi raja berperlembagaan.

"Tindakan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia tidak menghormati kedaulatan dan kedudukan raja-raja Melayu. Tindakan tersebut juga memalukan orang Melayu.

"Jika zaman dahulu mana-mana pihak mempersendakan raja-raja boleh dikenakan hukuman keras termasuk buang daerah, maka tindakan serupa perlu dikenakan kepada mereka terlibat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

'Kejadian itu benar-benar berlaku'

Posted:

'Kejadian itu benar-benar berlaku'

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 April - Pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir hari ini mempertahankan pendedahannya bahawa kejadian beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu memang benar-benar berlaku.

Malah, beliau yang bertugas semasa majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara berkata, ada beberapa saksi lain boleh mengesahkan kejadian tersebut berlaku.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas panjang.

"Apa yang berlaku adalah benar dan saya ada beberapa saksi lain yang turut mendengar dengan jelas segala tutur kata beberapa pemimpin pembangkang yang dimaksudkan dan pendedahan ini demi kebenaran.

"Selebihnya saya tidak boleh ulas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Nasihat pilih kerajaan dengan bijak

Posted:

Nasihat pilih kerajaan dengan bijak

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan rakyat agar bijak memilih parti yang diyakini mampu membentuk kerajaan yang kuat.

Menurut beliau, ini kerana sebagai negara membangun, Malaysia memerlukan kerajaan yang mempunyai keupayaan dalam menjamin kestabilan negara.

"Sudah pasti pakatan (pembangkang) tidak mampu berbuat demikian. Rakyat perlu sedar akan perkara ini dan memilih kerajaan dengan bijak. Mereka tidak seharusnya membenarkan sentimen perkauman mengaburi pemikiran waras.

"Sudah sekian lama Malaysia menikmati keamanan dan pembangunan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). Secara jujurnya tidak ada sesiapa di negara ini boleh berkata bahawa mereka tidak pernah mendapat faedah daripada pentadbiran BN," katanya dalam entri terbaru blognya di http://chedet.cc/blog hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan