Khamis, 12 April 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


CUEPACS mahu pengerusi neutral dilantik

Posted: 12 Apr 2012 02:41 AM PDT

Mutakhir

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu seorang pengerusi berfikiran neutral dilantik bagi mengetuai Suruhanjaya Khas bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam di negara ini.

Timbalan Presidennya, Azih Muda, berkata langkah itu perlu untuk meyakinkan semua pihak terutamanya seramai 1.4 juta penjawat awam bahawa kerajaan serius meningkatkan imej perkhidmatan awam di mata rakyat menerusi pelaksanaan agenda transformasi.

"Kalau boleh, kami berharap suruhanjaya ini dapat dilaksanakan segera dan harap pengerusi (suruhanjaya) itu seorang yang bebas dari segi pemikirannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum "Peranan Dan Cabaran Dalam Merealisasikan Transformasi Negara" yang dirasmikan Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng, di sini, hari ini. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lalu dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Lok ketika mengulas mengenai perkara sama berharap CUEPACS turut diberikan peluang untuk menganggotai suruhanjaya itu.

Dalam perkembangan lain, Lok berkata kenaikan gaji baru penjawat awam di bawah SSM adalah hasil perjuangan CUEPACS dan bukannya oleh parti politik tertentu.

Beliau berkata ini kerana pelarasan gaji mengikut SSM antara tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam itu adalah kerana kerjasama baik antara pihaknya dengan Kerajaan Pusat.
Sehubungan itu, Lok menggesa pihak tertentu tidak mempolitikkan perkara berkenaan kerana ia hanya akan mengelirukan rakyat yang banyak menerima maklumat tidak tepat.

Beliau turut berkata seramai 1,000 anggota CUEPACS dikenal pasti menyertai Skuad Pengguna yang dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memantau harga barangan keperluan di negara ini.

"Misalnya, kalau harga ayam naik, ahli CUEPACS perlu melaporkannya dan jika kita bekerjasama, kita boleh boikot barangan keperluan asas yang naik harga," katanya. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Banjir di Kuala Dipang semakin buruk

Posted: 12 Apr 2012 02:41 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KAMPAR: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir di Kuala Dipang meningkat kepada 1,145 orang daripada 254 keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan