Utusan Online - Selatan |
- Rakyat puas hati KR1M
- Mansuh PTPTN cicirkan anak bangsa - Abd. Talib
- Kereta wartawan dirosakkan selepas kemalangan
| Posted: Rakyat puas hati KR1MOleh RIZANIZAM ABDUL HAMID ![]() SEBUAH Kedai Rakyat 1Malaysia di Ayer Keroh yang mendapat sambutan orang ramai. MELAKA 11 April - Sejak ia mula dilancarkan Jun lalu, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) terus mendapat kepercayaan orang ramai yang berpuas hati dengan harga dan kualiti produk yang ditawarkan. Tinjauan Utusan Malaysia di KR1M Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini mendapati ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat. Rata-rata mereka termasuk golongan profesional seperti akauntan dan pensyarah berpuas hati terhadap produk-produk yang dipasarkan di KR1M termasuk layanan pekerjanya yang mesra pengguna. Seorang pensyarah, Rody Mohd. Zaini, 31, berkata, dia telah menjadi pelanggan di KR1M sejak tiga bulan lalu dan berpuas hati dengan harga dan kualiti produk yang terdapat di situ. "Mulanya saya sekadar mahu mencuba kerana tertarik dengan harganya yang murah, tetapi selepas tiga bulan mengguna produk jenama 1Malaysia, saya rasakan kualitinya juga sama seperti jenama lain yang terdapat di pasar raya-pasar raya lain. "Sejak itu, tanggapan saya terus berubah dan ternyata, KR1M bukanlah untuk rakyat berpendapatan rendah sahaja, tetapi untuk semua lapisan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini. Serang lagi pelanggan KR1M, Nor An Ibrahim, 31, melahirkan rasa puas hati dengan kualiti produk jenama 1Malaysia seperti susu pekat, pencuci pinggan mangkuk dan lain-lain barangan keperluan dapur. "Bila saya buat perbandingan, harganya lebih murah dari tempat lain dan layanan pekerja di sini juga mesra. Hari ini, saya cuba beli beras pula selepas yakin terhadap semua produk 1Malaysia yang digunakan," katanya yang merupakan seorang akauntan. Seorang kerani, Noradilah Hamzah, 29, berkata, dia tidak akan sesekali terpedaya dengan dakyah pembangkang yang memburuk-burukkan produk KR1M. Ini kerana, menurutnya, sepanjang mengunakan produk tersebut, kualitinya tiada beza dengan barangan yang dijual di pasar raya lain. "Barangan yang dijual di KR1M ada sebahagiannya memang murah berbanding dengan harga di pasar raya biasa, ini membuktikan kerajaan prihatin dengan nasib rakyat di negara ini," katanya. Sementara itu, seorang lagi pelanggan KR1M, Arif Hadafi Idris, 31, berharap bekalan barangan yang dijual di KR1M sentiasa mencukupi memandangkan ia kini mula mendapat tumpuan rakyat. |
| Mansuh PTPTN cicirkan anak bangsa - Abd. Talib Posted: Mansuh PTPTN cicirkan anak bangsa - Abd. TalibMELAKA 11 April - Pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah boleh tercicir dan gagal mengubah nasib mereka jika tidak mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Naib Pengerusi Mimbar Pemuafakatan Ibu Bapa Nasional (Mapin) negeri Melaka, Datuk Abd. Talib Bachek berkata, cadangan pembangkang untuk memansuhkan PTPTN tidak berasas dan bermotifkan politik semata-mata. Menurutnya, sejak PTPTN diperkenalkan ia telah banyak membantu pelajar keluar daripada kepompong kemiskinan sebaik menamatkan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT). ''PTPTN sebenarnya banyak membawa kebaikan kerana ia telah membela nasib pelajar daripada keluarga miskin hingga mereka berjaya dan memperoleh pekerjaan dengan gaji yang lumayan. ''Jika PTPTN dimansuhkan seperti yang dicadangkan oleh pembangkang sudah pasti ramai anak bangsa Melayu akan tercicir untuk mengubah nasib mereka," katanya di sini hari ini. Abd. Talib berkata, rata-rata anak Melayu yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi menghadapi masalah dari segi kewangan berbanding kaum lain. Ujarnya, dengan adanya PTPTN, ia telah banyak membantu meringankan beban ibu bapa dari keluarga miskin yang memerlukan pinjaman bagi membantu mereka. ''Melalui PTPTN, kerajaan telah menanggung subsidi yuran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sebanyak 90 peratus," ujarnya. Keadaan itu katanya, sudah cukup meringankan keluarga pelajar kerana mereka hanya perlu membuat pinjaman sebanyak 10 peratus bagi membiayai yuran pengajian yang ditetapkan. ''Mapin yakin kebanyakan ibu bapa menyokong usaha yang kerajaan buat," tambahnya. |
| Kereta wartawan dirosakkan selepas kemalangan Posted: Kereta wartawan dirosakkan selepas kemalanganMELAKA 11 April — Seorang wartawan sambilan akhbar berbahasa Cina berdepan dengan detik cemas apabila seorang penunggang motosikal bertindak menghentak cermin hadapan keretanya dengan topi keledar selepas berlaku kemalangan kecil di sini, semalam. Tan Ho Hong, 22, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Seri Mangga di sini selepas menghadiri satu sidang akhbar di Melaka Raya. Beliau berkata setibanya di persimpangan masuk ke Taman Seri Mangga, keretanya bergesel dengan sebuah motosikal dari arah sama yang dipercayai hendak ke laluan terus. "Saya memberi isyarat untuk masuk ke kanan dan ketika saya hendak masuk ke simpang itu, tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang laju dari arah belakang tidak sempat berhenti lalu bergesel dengan kereta saya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Tan berkata, dia kemudian meminta maaf kepada lelaki berusia 20-an itu, namun lelaki tersebut tiba-tiba berang lalu bertindak agresif dengan menendang pintu keretanya sebelum menghentak cermin hadapan menggunakan topi keledarnya sehingga retak cermin. Beliau yang berada di dalam kereta sepanjang insiden itu berkata lelaki tersebut hanya melarikan diri kira-kira lima minit kemudian. Katanya, beliau kemudian menelefon abangnya untuk memaklumkan kejadian tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Malim. — BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan