Sabtu, 14 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Ladang kontrak diperluas

Posted:

Ladang kontrak diperluas

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


MOHD. Arifin Awang (kanan) bertukar dokumen dengan Ketua Peserta, Abdullah Yaacob pada majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara FAMA dengan Peserta Ladang Kontrak MOA di Pusat Pengumpulan Ladang Kampung Slow Teliar Pasir Mas, kelmarin.


PASIR MAS 13 April - Tanaman ladang kontrak di negeri ini akan diperluaskan melibatkan kawasan 228 hektar dengan peserta seramai 300 orang.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Wilayah Timur 1, Mohd. Ariffin Awang berkata, langkah itu bagi meningkatkan pengeluaran hasil makanan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menampung permintaan pasaran tempatan.

Beliau berkata, ketika ini terdapat seluas 200 hektar ladang kontrak membabitkan 260 peserta dengan jualan hasil sebanyak RM2.5 juta melibatkan 17 jenis sayur-sayuran dan 13 jenis buah-buahan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

SKM salur pinjaman RM19.1j bagi modal pusingan 18 peneroka di Terengganu

Posted:

SKM salur pinjaman RM19.1j bagi modal pusingan 18 peneroka di Terengganu


AHMAD Said (duduk tengah) bersama penerima dana pinjaman pada Majlis Himpunan Koperator 1Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 13 April - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengeluarkan pinjaman modal pusingan berjumlah RM19.1 juta kepada 18 koperasi seluruh Terengganu pada tahun ini bagi merangsang perkembangannya.

Daripada jumlah yang diperuntukkan itu, Koperasi Keluarga Dato' Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad menerima suntikan dana terbanyak iaitu berjumlah RM3.5 juta.

Menurut Hashim, pinjaman itu untuk menampung pembelian 10 unit rumah kedai dua tingkat bagi kegunaan pasar raya dan premis songket dan batik di Gong badak di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyerahkan cek berkenaan di Majlis Himpunan Koperator 1Terengganu di Stadium Negeri di sini semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Penduduk minta MDKK bersih parit tersumbat

Posted:

Penduduk minta MDKK bersih parit tersumbat


HANIFFA Yusoff menunjukkan saluran parit yang tersumbat dan menyebabkan bau busuk di Kampung Sinar Jaya, semalam.


KUALA KRAI 13 April - Penduduk di Kampung Sinar Jaya dekat sini meminta Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) membersihkan kawasan parit berhampiran yang sering tersumbat sehingga menimbulkan bau busuk.

Penduduk terbabit mendakwa masalah tersebut telah berlarutan sejak sekian lama sehingga menimbulkan keadaan tidak selesa kepada mereka.

Seorang penduduk, Mariam Awang Ahmad, 71, mendakwa, parit di kampung itu sering tersumbat akibat dipenuhi sampah-sarap dan semak-samun sehingga menyekat aliran air.

Warga emas itu mendakwa, keadaan bertambah buruk dari sehari ke sehari apabila MDKK tidak membersihkan kawasan sekitar parit tersebut.

"Dapur rumah saya dari kawasan parit itu hanya kira-kira satu meter. Kalau ada sampah tersumbat, saya bersihkan bagi mengelak bau busuk, tapi sampai bila?

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan