Khamis, 12 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Keselamatan pengguna terancam

Posted:

Keselamatan pengguna terancam


SEORANG penduduk menunggang motosikal melalui jambatan usang di Kampung Sinar Jaya, Kuala Krai, kelmarin.


KUALA KRAI 11 April - Penduduk di Kampung Sinar Jaya di sini memohon pihak berkuasa supaya menggantikan jambatan lama yang keadaannya yang terlalu uzur dan membahayakan pengguna.

Jambatan tersebut digunakan penduduk kampung sebagai jalan pintas untuk ke bandar dan menjadi laluan kanak-kanak ke sekolah.

Seorang penduduk, Mek Joh Ab Rahman, 63, berkata, jambatan tersebut menjadi pilihan utama penduduk terutama yang bermotosikal kerana lebih dekat biarpun ada jalan raya yang menghubungkan kampung itu dengan pekan Kuala Krai.

"Jambatan ini sering rosak dan ia membahayakan nyawa penduduk terutama kepada penunggang motosikal.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Permata sokong batal biasiswa 9 pelajar terlibat Bersih

Posted:

Permata sokong batal biasiswa 9 pelajar terlibat Bersih

KUALA TERENGGANU 11 April - Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) menyokong tindakan Yayasan Terengganu membatalkan tajaan biasiswa kepada sembilan pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir yang menyertai perhimpunan Bersih pada Julai tahun lalu.

Jurucakapnya, Mohd. Nafis Mohd. Noor berkata, tindakan tegas itu wajar bagi membuka mata pihak yang tidak bertanggungjawab secara terang memperalatkan pelajar untuk mencapai agenda politik.

Menurutnya, pembatalan itu bukan sesuatu yang zalim dan terburu-buru, malah tujuh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam serta dua Ijazah Sarjana Muda Perubatan berkenaan telah diberi ruang serta peluang untuk membela diri.

"Kami difahamkan mereka mengaku terlibat dengan perhimpunan itu melalui surat tunjuk sebab yang diberikan kepada Yayasan Terengganu. Bukan itu sahaja, mereka dengan angkuh mengatakan itu adalah hak mereka.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

600 peserta sertai 'Sayangi Pantai'

Posted:

600 peserta sertai 'Sayangi Pantai'

KUALA TERENGGANU 11 April - Kira-kira 600 penduduk kampung termasuk pelajar dan kakitangan kerajaan dijangka menyertai program 'Sayangi Pantai dan Hidupan Laut Anda' di Teluk Gadong, Dungun, sempena sambutan Hari Bumi 2012, Jumaat ini.

Pengurus Besar, Perhubungan Strategik Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Datuk Wan Ismail Wan Yusoh berkata, program itu dianjurkan oleh BIMB dengan kerjasama Majlis Perbandaran Dungun (MPD).

Katanya, antara aktiviti yang akan diadakan sempena program itu ialah membersihkan dasar laut Pulau Tenggol serta gotong-royong membersihkan beberapa kawasan pantai seperti di Teluk Gadong, Teluk Lipat dan Pantai Sura.

"Program yang bercorak kemasyarakatan itu merupakan salah satu pendekatan yang diambil oleh warga BIMB untuk menjalinkan kerjasama dengan masyarakat setempat dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan