Jumaat, 13 April 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Sumbangan BR1M selesai

Posted:

Sumbangan BR1M selesai

Sumbangan BR1M selesai

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam menyampaikan BR1M kepada penerima yang layak di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Baru, Melaka, semalam. - utusan/GAIE UCHEL


MELAKA 12 April - Sebanyak 132,916 rakyat di negeri ini yang membuat permohonan mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M ) bernilai RM500 seorang sejak Februari lalu berjaya mendapat bantuan itu yang berakhir hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jumlah itu termasuk mereka yang membuat rayuan setelah permohonan ditolak sebelum ini menjadikan keseluruhan wang diagihkan berjumlah RM66.4 juta.

Menurut beliau, pemberian wang itu melibatkan enam fasa bermula pada Februari lalu dan berakhir hari ini yang menyaksikan seramai 10,202 orang mendapat bantuan berkenaan di seluruh negeri bernilai RM5.1 juta.

"Enam fasa proses pengagihan bantuan BR1M ini berjalan dengan lancar dan semua yang memohon berjaya mendapatkannya termasuk yang membuat rayuan semula.

"Bagaimanapun kita masih membuka rayuan sekiranya ada penduduk yang layak tetapi belum menerima bantuan ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pemberian BR1M Fasa Ke-6 Dewan Undangan Negeri Bukit Baru di Dewan Datuk Demang Hussin, Bukit Katil, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohd. Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Baru menyampaikan bantuan kepada 696 penerima BR1M bernilai RM3.48 juta.

Sementara itu, seorang penerima, S. Muniandi, 64, berkata, dia bersyukur menjadi warga Malaysia kerana kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat menerusi pemberian pelbagai bantuan.

"Wang RM500 ini akan saya gunakan untuk menjelaskan hutang-hutang kecil seperti cukai pintu dan selebihnya untuk perbelanjaan harian," katanya.

Seorang lagi penerima bantuan itu, Said Salleh, 64, turut menyatakan rasa terharu dan berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan tersebut.

"Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada kerajaan dan pemberian ini amat besar bagi saya dalam menampung perbelanjaan seharian," katanya.

DPMMNS perlu beri penerangan Program Transformasi

Posted:

DPMMNS perlu beri penerangan Program Transformasi

DPMMNS perlu beri penerangan Program Transformasi

SEREMBAN 12 April - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Sembilan (DPMMNS) perlu membantu kerajaan memberi penerangan mengenai program transformasi kerajaan kepada para usahawan di negeri ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, program transformasi kerajaan adalah agenda besar negara yang memberikan kesan menyeluruh kepada seluruh lapisan masyarakat termasuk para usahawan.

Beliau berkata, penerangan itu penting bagi membolehkan para usahawan mengambil bahagian secara aktif bagi menjayakan program transformasi tersebut.

Katanya, antara yang perlu diberi perhatian ialah langkah kerajaan untuk mengurangkan peranannya dalam perniagaan dengan melepaskan pegangan dalam syarikat yang berkaitan dengan kerajaan.

"Langkah ini penting kerana ia akan membolehkan para usahawan bersaing secara selesa sesama mereka.

"Langkah kerajaan itu sudah mula dilihat apabila ia melepaskan pegangan dalam Proton Holdings Berhad dan tidak lama lagi menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran saham," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-38 DPMMNS di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua DPMMNS, Datuk Ahmad Yusof.

Mohd. Isa menarik perhatian, penubuhan DPMMNS telah memberi kesan yang baik kepada komuniti perniagaan di negeri ini.

"Saya berharap dewan akan terus memainkan peranan sebagai pemudahcara dalam segala hal-ehwal yang berkaitan dengan para usahawan di negeri ini," ujarnya.

Sementara itu, Ahmad memberitahu, seluruh ahli DPMMNS menyokong penuh semua usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat.

Beliau berkata, semua usaha tersebut termasuk program transformasi kerajaan mampu mencapai kejayaan dengan sokongan yang padu daripada rakyat.

"DPMMNS berpendapat semua usaha tersebut dibuat bertujuan membolehkan rakyat menikmati kemajuan yang telah dicapai oleh negara ini," katanya.

Program Sentuhan Rakyat 1Malaysia capai matlamat

Posted:

Program Sentuhan Rakyat 1Malaysia capai matlamat

Program Sentuhan Rakyat 1Malaysia capai matlamat

JASIN 12 April - Program Sentuhan Rakyat 1Malaysia anjuran Parlimen Jasin di sini baru-baru ini berjaya mencapai matlamat apabila majoriti penduduknya mendapat manfaat menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Ia termasuklah pameran dan jualan, khidmat nasihat serta pengagihan bantuan dan sumbangan komputer riba 1Malaysia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah, berkata, penduduk Jasin amat berterima kasih kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang menyediakan lebih 2,000 komputer riba untuk diagihkan kepada masyarakat tempatan.

'Sumbangan itu amat bermakna kepada rakyat berpendapatan rendah.

"Program ini berjaya mencapai sasaran ditetapkan iaitu merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat, selain menyampaikan bantuan serta informasi terkini mengenai pembangunan negara.

"Saya juga berterima kasih kepada kementerian yang membantu merealisasikan harapan 2,000 penduduk di sini untuk mendapatkan komputer riba 1Malaysia," katanya selepas program terbabit di Dewan Alamanda, di sini, baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan