Selasa, 10 April 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Negara tergadai jika pembangkang perintah

Posted:

Negara tergadai jika pembangkang perintah

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 April - Tiga janji pakatan pembangkang yang melibatkan sejumlah wang RM200 bilion setahun itu hanya akan menyebabkan negara terpaksa meningkatkan cukai dan membuat pinjaman dari negara luar.

Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Shazali Abu Mansor berkata, menaikkan cukai bukan dasar popular yang boleh diamalkan oleh negara sedang membangun seperti Malaysia, sebaliknya pinjaman adalah jalan penyelesaiannya.

''Namun, membuat pinjaman pastinya memberi banyak kesan kepada negara selain bebanan hutang. Pembangkang harus ingat bahawa kedudukan kewangan sekarang belum stabil, maka secara logik tiga janji itu memang akan melibatkan peningkatan perbelanjaan.

''Melainkan pembangkang ingin menggunakan cara lain iaitu memotong perbelanjaan yang boleh mengurangkan kebajikan rakyat, tetapi adakah rakyat bersedia untuk itu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Guan Eng pengecut - Puad

Posted:

Guan Eng pengecut - Puad

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 April - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah seorang pengecut kerana sanggup menyekat ilmu daripada sampai kepada murid-murid di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri itu dengan memberi amaran agar tidak melanggan Utusan Malaysia demi kepentingan politiknya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu adalah sesuatu yang amat memalukan kerana ia sama sekali bertentangan dengan asas kebebasan bersuara seperti sering dilaungkan DAP dan pembangkang.

Jelasnya, perkara itu juga membuktikan betapa Guan Eng merupakan diktator yang tidak boleh menerima kritikan serta tidak gentleman dalam berpolitik.

"Nampak sangat Guan Eng tidak demokratik. Ini muslihat agar teguran ke atasnya tidak sampai ke pengetahuan pihak lain dan akhirnya anak-anak di sekolah menjadi mangsa.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan