Selasa, 10 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Jenayah di Lipis turun 15 peratus

Posted:

Jenayah di Lipis turun 15 peratus

Oleh FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


ABDUL Razak Hassan memakaikan pangkat Lans Koperal kepada Fatin Farhana Nur Helmi sempena sambutan Hari Polis Ke-205 di Ibu Pejabat Polis Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 10 April - Polis daerah ini berjaya mengurangkan kes jenayah sebanyak 15 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, hanya tujuh kes sahaja dilaporkan dalam tempoh tersebut berbanding 42 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

"Kebanyakan kes diterima akan disiasat dengan segera iaitu yang membabitkan kes kecurian motosikal, pecah rumah, narkotik dan jenayah kecil lain.

"Kesemua tujuh kes berkenaan berlaku di luar bandar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Polis Ke-205 di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Lipis di sini baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

RM44.7 juta projek jiwa murni di Pahang

Posted:

RM44.7 juta projek jiwa murni di Pahang


SEBAHAGIAN penduduk yang hadir pada Program Ramah Mesra Bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Panching, kelmarin.


KUANTAN 10 April - Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meluluskan sebanyak RM44.7 juta untuk pelaksanaan projek jiwa murni di kawasan luar bandar di Pahang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, projek tersebut yang kini dalam pembinaan ialah tiga jambatan di Sungai Lembing yang menelan belanja sebanyak RM35 juta.

Satu lagi projek yang juga sedang dilaksanakan jelasnya, ialah projek bekalan air luar bandar bagi 2011-2012 membabitkan 673 rumah di Pahang yang menelan belanja keseluruhan sebanyak RM9.7 juta.

"Projek tersebut adalah bukti keprihatinan berterusan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) dalam membela kehidupan masyarakat luar bandar bukan sahaja di Pahang malah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Polis rampas dadah bernilai RM50,000

Posted:

Polis rampas dadah bernilai RM50,000


SUPRITENDAN Yap Thoon Kuan menunjukkan dadah yang dirampas kelmarin pada sidang akhbar di Bilik Media IPK Pahang, semalam.


KUANTAN 10 April - Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita serta merampas dadah bernilai RM50,000 dalam dua serbuan berasingan di sini, semalam.

Serbuan pertama dilakukan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang diketuai Asisten Supritendan Azli Mohd. Noor di tempat letak kereta di Kilometer 17.6, Jalan Gambang di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supritendan Yap Thoon Kuan, dalam serbuan itu pihaknya berjaya memberkas dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun dalam kereta jenis Proton Waja yang dinaiki mereka.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya berjaya menemui 451 gram dadah jenis heroin bernilai RM25,000 dalam sebuah kotak pembesar suara di tempat duduk belakang kereta tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan